PEMIMPI MATI

Gua tak tahu ada orang masuk lagi ke idak dekat blog ni. Lancau sangat penulis-penulisnya.

Tapi tak apalah, gua tak nak blebel panjang-panjang, memang tak ada orang nak layan. Jadi gua teruslah ke objektif utama gua, iaitu mempromosikan sebuah blog novel yang baru:

http://pemimpimati.blogspot.com/

Sama-samalah mengimarahkan blog ni ya.

.







OI DENGAR CITE NAK TUTUP?






.

Kelab Isteri Taat (Nama yang sangat 'lame')

.
Dah sekian lama aku tak dihiburkan dengan idealisme dan tindak tanduk yang boleh buat aku respek dan tertarik. It's been a while since someone entertain me with a beautiful idea, which can change not only the community but also the entire world.

Yes-it's been a while.

Hari ini di Malaysia, yang rata-ratanya penduduk Islam, berbudayakan timur dan mementingkan adat, kita hanya mampu mencipta beberapa idea kering, membuahkan beberapa pandangan tanpa asas, dan menghasilkan undang-undang yang berterabur.

Sebuah kelab isteri taat bakal ditubuhkan di negara ini. Kononnya bagi menghasilkan satu komuniti muslimah yang taat kepada suami dan berlandaskan hukum-hukum agama. Supaya isteri tidak lagi nusyuz. I want to ask, tak adakah kelab lelaki taat?  Of course tak ada. Sebab lelaki boleh buat apa saja. Mereka suka memanipulasi wanita.

Untuk apakah kelab ini sebenarnya? Hanya satu jalan lurus yang aku nampak, kemudahan bagi lelaki, atau suami untuk berpoligami. Apa pentingnya, apa perlunya, apa rasionalnya? Mungkin setelah kelab ini tertubuh secara officialnya, kita boleh lihat dengan lebih jelas.

Isteri yang taat, tak perlukan sebuah kelab. Sebaliknya, satu mekanisme bagi menanam ilmu pengetahuan mengenai ciri-ciri isteri yang muslimah. And for the fact, to be in the club, doesn't means that you're a good wife. Tak bermakna si isteri itu seorang yang taat.

Please, give me some more serious yet genius idea.
.

bulan enam sudah!

seperti dalam kalendar omputih, bulan enam sudah.

bulan enam tahun ni sungguh unik kerana di permulaan bulan saja sudah kepoh dengan isu seks.

tapi apalah sangat isu seks tu. ada isu yang lagi panas. sekarang sudah bulan enam. approx 60 hari lagi, kita akan menyambut bulan lapan. puasa weh puasa. eksaited betui nak sambut bulan puasa ni. bazar ramadhan everyday throughout ramadhan.



can't wait to eat nekbat. kehkeh

polarity

tak perlu lah berlagak secara keterlaluan seperti menipu orang lain tentang pointer semasa belajar di university dan band muet.


apa kau ingat kau yang paling pandai dalam ruang makmal tu? tahu la lecturer. tak perlu lah nak berlagak sampai menampakkan kebodohan sendiri. ya, aku sangat negatif dalam berfikir.


bila belajar kimia, sampai satu tahap kau akan belajar satu ilmu iaitu chemical bonding. ia melibatkan kekutuban sesuatu elemen. secara asasnya, elemen negatif akan bond dengan elemen positif.


thats why people are so negative.

playception

awek tu cakap ada lelaki nak main-mainkan hati dan perasaan dia. awek yang penuh dengan ego tu kata dia main-mainkan lelaki tu balik.


bodoh apakah ini?


kemain kau bodoh dua kali. kau promot kebodohan kau kat wall fb sendiri. kalau blonde buat macam tu takpa lah. at least dia ada aset. kau apa ada?

Gaduh-aktiviti klise alam melayu.

Tadi aku terbaca satu berita dekat Malaysiakini.


Segmen budak-budak bergaduh sebenarnya satu peringkat tumbesaran yang klise. Rata-rata budak-budak di Malaysia dibesarkan dalam suasana pergaduhan. Bergaduh tu ibarat perkara wajib dalam proses membesar. Masa kecil, bergaduh berebut coklat dengan adik beradik. Masuk sekolah rendah, bergaduh berebut kad, basikal ataupun mainan dengan kawan-kawan. Masuk sekolah menengah, bergaduh tak puas hati kena anjing. Bila masuk alam dewasa, ahli politik bergaduh sesama sendiri. Tayang dekat tv, surat-khabar dan internet. Benda ni realiti. Kita sebagai orang timur memang suka bab sepak terajang ni.

Dan ramai rakyat kita yang mempunyai tanggapan yang buruk terhadap mereka yang terjebak dengan alam pergaduhan ni. Somehow, we feel that they are bastards yang tak boleh diajar lagi. Bahasa mudahnya, ramai diantara kita yang ingat mereka ni hanya menyusahkan hidup orang lain. Daripada dibiarkan, baik dipenjara. Kalau teruk sangat, buang daerah. Daerah lain tu pulak terima dengan senang hati individu yang dibuang. Apa kesudahan yang kita nak cari sebenarnya?

Kalau niat nak memupuk suasana tanpa pergaduhan, baik dikerah polis dan fru. Cari ketua-ketua kongsi gelap. Tangkap, serap jadi askar. Menangkap anak-anak buah kongsi gelap adalah ibarat menangkap penagih dadah, dan membiarkan pengedar dadah berleluasa. Satu kerja yang hanya menambahkan kerja.

Pergaduhan yang macam mana budak-budak ni terlibat tak pula diberitahu. Kalau rujuk pada hukuman, aku andaikan pergaduhan yang besar-besarlah. Tahap kongsi gelap. But somehow, this teenager masih ada masa hadapan. Dapat tawaran daripada universiti.

Maybe orang kita perlu kurangkan sedikit nafsu menghukum. Menghukum tanpa bicara bagi aku adalah satu tindakan yang paling bullshit. We are not in the era of dictactorship. Democracy is what we are. So, hiduplah dengan cara demokrasi.

Ramai individu yang mengutuk budak-budak tu. Seperti yang aku kata tadi, ramai orang kita mempunyai tanggapan yang buruk terhadap dieorang. The main reason adalah sebab tak kena dekat batang hidung mereka sendiri. Mereka boleh kata, yang mereka tak akan terjebak. Tapi suasana pembesaran adalah main factor. Hakikatnya, suasana pembesaran lah yang membuatkan mereka mula terjebak dengan pergaduhan. Dan tahukah mereka bahawa suasana pembesaran itu tak ada orang boleh pilih? Ianya terjadi secara natijah hukum alam. Kun fayakun.

Betapa jahanamnya dunia kalau kita terpaksa menjadi sesuatu disebabkan suasana pembesaran, lepas itu dikutuk dan dicaci dunia kerana karakter kita. Kita langsung tak diberi peluang untuk memilih.

Senang nak mengutuk, senang nak mencaci, tapi cuba letak diri dalam tempat budak tu. I believe, kau akan mahu buat satu benda, untuk dunia ubah fikiran terhadap kau. Kau mahu, dunia beri kau satu peluang. Kau mahu, hidup macam orang lain. Kau mahu, berubah.

That is what you'll feel. Betapa susah sekalipun nak bertaubat, bila kau rasa sendiri kiamat masa depan, kau sediri akan cari masa untuk bertaubat. Percayalah. Rasa dulu, baru tahu.

Coach Chelsea - Lelaki yang tak gusar untuk dipecat.

Dengan kegagalan menjuarai EPL pada musim ini, seperti yang sudah diramal Roman Abramovich dengan gaya kapitails segera menunjukkan jalan keluar kepada Ancelotti. To be fair, he deserve another chance. Untuk sentiasa menang di dalam bola sepak adalah satu misi yang mustahil. Even a good tactician can't do that. Jose Mourinho yang dahulunya mengekalkan rekod 9 tahun tanpa kalah dekat home pun akhirnya kalah. This is football. Dan pastinya rekod bukan untuk dibangga, tetapi untuk dipecahkan.

Tapi deep inside aku sebenarnya suka dengan pemecatan ini. Walaupun Ancelotti tak layak untuk dipecat, tapi dia bukanlah orang yang sesuai untuk meneruskan misi Chelsea. Aku lebih suka seorang yang psiko, genius dan sentiasa mempunyai plan-B di dalam game. Ya, seorang seperti Sir Alex Ferguson, Jose Mourinho dan Luis Van Gaal. Selain itu, untuk menjadi coach Chelsea, he needs to be prepare untuk dipecat. Well, can't blame Abramovich though. He owns the club, he has the right. Kapitalis di dalam bola sepak kadang-kadang menarik.


Jadi, persoalannya siapa yang layak memikul tanggungjawab sebagai coach di Chelsea?

Pandangan-pandangan professional yang mengatakan Redknapp adalah bullshit. Ini adalah cadangan yang paling tidak boleh diterima akal. Dan kalau inilah individu yang dipilih oleh Abramovich, hancurlah masa hadapan Chelsea. What can you expect from a manager yang hanya boleh membawa Tottenham ke tangga ke 5 EPL even with a good line-up? Okay, mungkin dia deserve sedikit honor kerana Tottenham berjaya menewaskan Liverpool. But that's a different story. Another thing dengan Redknapp adalah dia kadang-kadang boleh terlibat dengan korupsi.

Nama yang aku rasa paling sesuai adalah Luis Van Gaal dan Guus Hiddink. 2 orang jurulatih berdarah belanda. Nama Guus Hiddink adalah yang paling panas. And to be fair, dengan achievement yang telah dicapai beliau, Chelsea sememangnya memerlukan orang sepertinya. Lebih lagi beliau mempunyai pengalaman dengan Chelsea, malah berjaya membawa Chelsea memenangi FA CUP pada 2009 meskipun hanya bersama Chelsea selama 4 bulan.

Pada 2002 selepas membimbing Korea Selatan pada Piala Dunia, Hiddink meneruskan kerjayanya bersama kelab PSV Eindhoven. Bersama PSV, dia berjaya memenangi pelbagai kejuaraan, antaranya juara liga sebanyak 3 kali. Kejayaan beliau bersama kelab PSV telah meletakkan beliau sebagai jurulatih kelahiran belanda yang paling berjaya dengan 6 kejuaraan liga, 4 Dutch Cup. Malah beliau berjaya melepasi rekod Rinus Michels.

Pun begitu, Van Gaal juga layak untuk merima pujian yang serupa. Dia adalah antara 3 orang jurulatih yang berjaya memenangi 2 Champions League dengan 2 kelab berbeza selepas Jose Mourinho dan Ernst Happel. Kejayaan paling cemerlang beliau adalah ketika bersama dengan Ajax. Pun begitu, selepas tewas pada final Champions League kepada Inter Milan yang ketika itu dibawah kendalian Jose Mourinho, beliau telah dipecat oleh Bayern Munich. What a sad ending for a good coach.

Another person yang paling penting bagi Chelsea adalah Ray Wilkins. Selepas beliau keluar daripada Chelsea, pasukan Chelsea mula terumbang ambing. But, now there's just no way he's gonna come back for Chelsea. Stupid decision from Abramovich actually.

Rock, and roll.

Aku tak tahu motif aku bercerita tentang Malaysia pada entri yang lepas. Mungkin sekadar melepaskan sisa-sisa perasaan yang tak terluah. Hidup aku sedikit fucked up sebenarnya. Well, this is what happen bila aku hidup tanpa tujuan. Cuti 4 bulan bukanlah lama sebenarnya. Tapi dengan sekadar terperap di rumah, mencari berita-berita untuk dilayan, porno-porno yang telah gagal memberikan aku kepuasan, akhirnya aku seperti mati sendirian.

Mungkin aku terlampau ego, keras kepala, membabi buta dan sebagainya, tapi aku yakin, kerja akan datang. Aku tak perlu begitu terburu-buru untuk menjadi kuli kepada cina, hamba kepada melayu, dan rakan sekerja kepada bangla dan india. Tak perlu. Masa masih banyak untuk dihabiskan. Dan cuti ini hanyalah satu lagi ruang untuk aku bersendirian dan merasakan betapa fucked up nya hidup tanpa tujuan. Persediaan mental bagi masa depan.

Dunia kian berubah. Menulis yang dahulunya memberikan aku kepuasan kini seperti Liverpool yang telah jauh menyimpang dari harapan. Aku tidak lagi mampu mencari nod-nod kegembiraan di dalam penulisan. Mungkin sekadar sementara. Siapa tahu.

Bercakap pula tentang keghairan selain penulisan adalah bola. Satu lagi arena basi yang aku tak rasa boleh bersinar musim ini. Kekalahan Chelsea kepada Manchester United dalam mempertahankan kejuaraan Liga EPL sebenarnya adalah satu kekalahan konkrit. Chelsea seharusnya menerima tamparan ini. Peminat Chelsea khususnya, yang kian butthurt dengan penyokong Man United yang kian hebat meyetankan orang lain. Well, they deserve that. Walaupun aku mempunyai 1001 alasan mengapa Man United bukanlah satu kelab yang boleh menghiburkan aku, tetapi mereka adalah Champion.

Namun berbeza dalam arena Champions League. Kekalahan Real Madrid kepada Barcelona membuktikan bahawa dunia bola sebenarnya sama kotor dengan politik. Kalau sanjungan patut diberikan kepada Manchester United kerana mereka mengatasi segalanya dengan baik, hembusan cacian patut diberikan kepada Barcelona. Barcelona menunjukkan dunia bahawa, mereka sebenarnya juga boleh menjadi loser. Walaupun dengan kehadiran Messi yang kononnya the greatest footballer, Barcelona masih memerlukan taktik kotor untuk menang. Kalau dalam dunia politik ada rasuah, dalam dunia bola ada lakonan. Don't give me a shit about Ronaldo yang selalu dive. Ronaldo dives, acts alone. But hey, he's still manage to score 40 goals. Way much better than Messi. But Barcelona dives as a team. That's a whole different stories. Ditambah pula dengan objektif Barcelona yang dive dengan tujuan yang lebih besar.

Tapi seperti ancaman iluminatus, freemason, yahudi dan sebagainya. Dunia masih lagi tersesat. Kabur dengan pandangan yang Barcelona kononnya membawa rentak bola yang sebenarnya. Barcelona team yang menyerang. Tak akan ubah corak perlawanan. Another bullshit. What makes football menarik bukanlah dengan agressif dan corak perlawanan yang membabi. Gelecek secantik mana, player bagus sehebat mana, tanpa tactical adalah ibarat kereta tanpa minyak. You can't work without it.

Teknologi makin berkembang, dunia makin pesat. Tapi there's a price to pay. Humanism, had lost their humanity.

Malaysiaku, Tercinta.

Hidup ni kadang-kadang kat atas. Kadang-kadang kat bawah. Jarang sekali kat tengah-tengah. Tapi lumrah hidup memang macam tu. Walhal kadang-kadang hidup tak ada masalah, terlampau enjoy pun boleh jadi masalah. Begitulah lumrahnya hidup kita wahai manusia sekalian.

Tapi yang sebenarnya, efek masalah kita ni bergantung juga pada fahaman, ideologi serta persepsi masyarakat kita sekeliling. Kalau kita ada masalah yang kecik-kecik, setakat libatkan diri kita seorang diri tak apa. Tapi kalau yang jenis besar sikit, boleh buat jiran nampak. Tu masalah besar.

Katalah kita mengandungkan anak orang. Kalau kita duduk dekat Amerika, Sweden, yang rata-rata penduduknya makan babi, masyarakat dieorang sedikit habukpun tak layan. Anak luar nikah. Biasa lah tu. Standard. Tapi, dekat negara kita yang penduduknya mempunyai alahan babi yang teruk sehinggakan ucapan babi itu sendiri dianggap seperti menyebut nama "voldemort" bagi peminat Harry Potter, benda macam ni tak boleh dibawa main-main.

Ya, dieorang tak main-main. Dalam satu masyarakat berkelompok, nak diceritakan betapa rapatnya ahli sekampung, bila lahir seorang bayi luar nikah, dalam masa satu minit satu kampung tahu. Benda ni akan jadi bising. Orang-orang hebat kampung sambil sibuk menguyah sireh akan mencaci-caci. Terikut perangai baratlah, mak bapak tak reti ajarlah, tak belajar agama dan sebagainya.

Begitulah seriusnya mereka-mereka ini terhadap gejala sosial di kampung mereka. Malu satu famili tuh. Walhal kalaulah famili tu duduk di negara pemakan babi, mesti tak malu. Selamber je. Tinggal perhitungan dengan tuhan. Tapi itu siapa layak bercerita?

Ni lah masalah kita. Kutuk orang tak belajar agama kononya. Pandai betullah dia tu gamaknye. Sejak bila islam suruh mengaibkan orang? Dosa mengaibkan orang tu macamana pulak? Yang tu dieorang tak layan dah. Mentaliti dah tersekat. Susah.

Tu kalau kita mengandungkan anak orang. Tak lagi kalau kita nak kawin. Mas kawin rendah lah, majlis tak grandlah. Semua tu pun nak dikutuk-kutuk. Walhal sejak bila Nabi suruh letak mas kawin tinggi-tinggi?

Satu lagi jenis yang duk menghendap. Kalau duduk berduaan dalam tempat terasing sikit dah dituduh zina. Ni pesen belajar agama tak tinggi ni. Suka berzina. Walhal sejak bila dalam Quran kata boleh tuduh orang berzina tanpa 4 orang saksi? Sejak bila Quran kata boleh menghendap-hendap orang? Sejak bila boleh fitnah orang?

Entahlah.

Gua kena paksa tulis cerita ni, jadi gua gomol je cerita mana gua boleh tulis.

Malaysiaku, tercinta.

riakk

dari riak wajah pakcik tadi, aku dapat agak dia agak lebai. 

setiap butir tasbih dikira dengan puji-pujian kepada tuhan. mulutnya terkumat-kumit menyebut kata-kata pujian kepada ilahi. entah apa yang disebutnya, dia lebih tahu. entah-entah menganjeng orang bisu.

pakcik tu berdiri depan pintu. tengok daripada gaya dia, bukan pesen datang lambat. aku datang masa khutbah dah start pon masih ada ruang kosong untuk duduk tapi pakcik masih berdiri. siap mengadap audiens lagi. semua jemaah kena tengok muka dia dulu kot lepas tu baru tok imam buleh mulakan solat jumaat.

lain kali pakcik jangan buat macam tu lagi ye. dah macam jin ifrit dah aku tengok. rasanya takda dalam hadis suruh berdiri menghalang orang di pintu masuk sambil bertasbih mengadap jemaah yang datang lambat masa khutbah sedang dibacakan oleh khatib. takda kan pakcik. takda kan.

luka

disebalik satu garisan luka dan parut, ada cerita yang menarik. luka dan parut lah bukti kekuatan seseorang.

aku ada luka. kemalangan dengan kereta. gadis-gadis pandu kereta stail tipikal.

celakak punya awek. macam mana kau buleh dapat lesen entah. entah-entah kau tunjuk lurah kat pegawai JPJ masa test kot.


kalau aku kena lanyak dengan lori itu hari dan jadi hantu, memang aku akan kacau hidup kau sampai kau kena lanyak dengan kapal minyak

Semoga.

Dah lama aku tak menulis. Tak, bukan menulis dengan hafalan dan persamaan dalam masa tiga jam itu. Maksud aku, menulis dengan sanubari seorang penulis.

Jiwa hilang. Hati curang. Sial kan?

Tapi tak apa. Aku bukan seorang sasterawan, penulisan, mahupun kaki tulis. Aku cuma seorang lelaki, bersama sebutir jasad, yang cuba untuk meniru gaya-gaya hip di internet. Ya. Blogging kononnya hip. Menulis dikatakan ranggi.

Jadi, aku cuba untuk masuk ke dunia ini, meniru serba serbi, dan berbohong mengatakan inilah diri aku sendiri. Aku, yakni bukan jiwa-jiwa rempit, bukan jiwa-jiwa sempit, mahupun jiwa-jiwa yang diapit.


Lalu, saban hari, ketika jiwa itu ditahap tertinggi, perlahan-lahan ia mula mengurang, mengurang dan mengurang. Tiada katalis barangkali.

Semoga, satu hari, perasaan itu akan datang, jiwa itu akan menyerap, dan aku boleh kembali gagah menulis.

Semoga.

gaya bahasa

sesetengah penulis suka memelayukan perkataan inggeris kononnya kedengaran lebih intelektual.

contohnya perkataan condition. dimelayukan menjadi kondisi. sungguh jijik bukan. kedengaran sungguh indonesia.

tak tahu perkataan yang sesuai dalam bahasa melayu lattew.

nanti nak tukar perkataan caption jadi kepsi. mana lah tahu nanti ada orang nak belanja kepsi dinner plate

Why Old Books Smell Good


 Lignin, the stuff that prevents all trees from adopting the weeping habit, is a polymer made up of units that are closely related to vanillin. When made into paper and stored for years, it breaks down and smells good. Which is how divine providence has arranged for secondhand bookstores to smell like good quality vanilla absolute, subliminally stoking a hunger for knowledge in all of us.
—From Luca Turin and Tania Sanchez’s Perfumes: the guide




source : sini

Berliberal.

.
Dalam kerakusan diri aku membentuk masa depan, sedikit demi sedikit aku mula berubah. Daripada aku, menjadi sesuatu.  Aku  dahulunya hidup dengan cara sederhana, tipikal, dan sering bergelumang dengan ideologi sendiri.  Tapi sekarang lain. Aku sedikit ke arah liberal. Aku sukakan kebebasan pemikiran. Ideologi yang berteraskan rasional tetapi berunsurkan kebebasan. Di mana hak-hak kita sebagai manusia untuk berfikir sendiri digunapakai. Tapi sebenarnya liberal kadang dilabel sebagai sesat, menyimpang dan sebagainya. Jadi, aku celaru. Dalam dunia yang penuh korup dan hancur ini, kenapa tidak boleh dipersoalkan tindakan kita? Dunia korup bukan kerana salah Tuhan. Angkara manusia. Cara hidup manusia. Jadi kenapa liberal sering dilabel dengan negatif?

Entah, kadang-kadang aku lebih suka biarkan persoalan ini datang dan ghaib. Sekadar melintas di benak sudah cukup untuk aku sedar, kita semua paranoid.

Kita lebih suka untuk mengatakan itu ini, sedangkan kita sekadar mengutip kata-kata orang. Kita sebenarnya hamba yang malas. Tuhan memberi kita akal, keupayaan berfikir. Tapi kita lebih suka untuk bergelumang dengan pemikiran orang. Bercumbu dengan ideologi orang lain tanpa menggunakan akal sendiri. Lantas kita memilih ideologi orang-orang hebat, dan kadang-kadang orang tak hebat, tetapi mempunyai pangkat yang kebal. Ustaz, Imam contohnya.

Tak usah diperdebat, komuniti kita semuanya sering menelan kata ustaz sebulat-bulatnya. Diangkat, disanjung seperti Nabi. Sebaris ustaz berkata, seperenggan diulasnya.  Jika kita sedar, beranilah kita untuk berdiri, menegakkan idea yang kita fikir betul. Malangnya bertentangan dengan Ustaz, Imam. Belum sempat berkata lagi, nah, di lokap tidurnya.

Sedangkan Qur’an itu sendiri menyuruh kita mendengar pandangan orang terlebih dahulu, dan ambil yang terbaik. Tapi disebabkan dia Ustaz, dia Imam, tak apa. Ketepikan Qur’an. Minum pemikirannya dahulu. Itu lebih betul. Idea-idea baru ditolak tepi. Belum diteliti sudah dilabel sesat. Belum diperdebat sudah dikata menyimpang. Berbekalkan ideologi, Ustaz dan Imam itu kebal, idea lama itu betul. Dunia ini sudah makmur agaknya.

Meminjam kata-kata Jose Mourinho,
“Sometime it is a disgust to live in this world, but this is the world that we lived in. ”


.

jumaat

seringkali

ada lelaki retard lagi terencat tidak pandai silent henpon atau switch off.

orang lain pulak, wanita khususnya memang pesen tak reti bahasa. kalau hari jumaat jam 1:00 tengahari sampai 2:15 petang, tak payah la call bagai.

pesen jahil takda adab

muat

jalan-jalan dalam topshop lihat baju cantik. nak beli.




sedih.

tinggal satu je baju tu kat situ. dah tak ada saiz lain.

selamatkan...

bila artis melayu dapat award bintang pooppular atau penyanyi wanita terbaik misalnya, dia akan naik ke pentas untuk menjinjit trofi kemenangan.

seperti biasa, ada yang pesen baik hati dan alim.

"syukur alhamdulillah..terima kasih kerana menyokong saya......" - artis wanita melayu kain terbelah sampai lurah.




baru lah melayu asli. biar mati anak, jangan mati adat.


dan kau dengan adat-adat kau, buleh pergi mampus.


adat melayu?



fuck that.

Entri berbola

.

Selepas begitu banyak nasihat, falsafah dan tips pegangan hidup daripada koroe, sekarang kita cuba beralih kepada topik yang lebih santai dan serasi dengan mereka yang ada “balls” iaitu bola sepak.

GUA NAK BAGITAU AWAL-AWAL, NI ENTRI BERAT SEBELAH.

.
.

Lebih kurang pukul 6 pagi waktu Malaysia (21/4), sorakan menganjing, puas hati dan pelbagai sesi kutuk mengutuk mewarnai suasana di setiap pelusuk kedai mamak.

Real Madrid berjawa menewaskan Barcelona dan membawa pulang piala Copa Del Rey selepas kemenangan terakhir pada 1993 dan kemarau trofi semenjak 2008. Sebenarnya, tengok game pagi tadi lebih kurang seperti feel pergi berperang bagi die hard fan real mahupun Mourinho, barca mahupun Guardiola.

Sebelum game, percaturan di bibir peminat fanatik barca mengatakan Barca menang. Ni gaya pemikiran peminat barcelona yang tipikal, riak dan takbur sebelum permainan, dan terlebih syok pada team sendiri.

Percaturan Mourinho serba senang dan ringkas, do what it takes to win. Why win 4-0 when 1-0 is good enough? Kalau anda bukan peminat tegar Mourinho dan tak pernah study rekod kemenangan Mourinho, sila percaya. Kemenangan team Mourinho sebanyak 1-0 bukanlah luck, sebaliknya ianya percaturan dari awal lagi. Diamalkan sejak di Chelsea dahulunya.

Ada suara sumbang mengatakan Mourinho bukanlah jurulatih bolasepak yang sebenar memandangkan corak permainan yang dibawanya tak lawa, tak cantik dan tak art. Jadi sedikit persoalan, hendakkah mengikut cara Arsenal? Bermain kononnya begitu art, tapi dah berapa lama tak pernah menang competition hatta sebiji piala sekalipun? Come on, ini bukan zaman batu. Even football involve untung dan rugi.

Dan kisah menyadiskan, Guardiola dan Barcelona sekali lagi kempunan untuk merasa treble meskipun kononnya telah menjadi kelab yang terhebat ketika ini. Ironinya, musim lepas treble dieorang hancur selepas kekalahan pada Inter Milan di Champions League, di bawah kendalian Mourinho. Musim ini hancur lagi angkara Mourinho juga.

Aku malas nak cakap panjang pasal game, kebebalan Ronaldo di awal game, dan penguasaan Barcelona.
Senang cerita.

Ya, barca menang.
Keh3x.

jalan lurus



mereka memandang jijik bila kau menyuapkan nasi kedalam mulut dengan menggunakan jari jemari tangan kanan kau.mereka kata kau terlalu kampung bila buat macam tu.


selepas kau makan nasi tadi, kau jilat jari jemari tangan kanan kau satu persatu menurut urutan yang betul. sekali lagi mereka mengeji perbuatan kau itu. mereka seolah-olah geli melihat telatah kau.



jangan sekali-kali kau mengikut jejak langkah mereka. mereka hanya perasan urban. sebenarnya, mereka berfikiran tak ubah seperti beruk. hanya tahu meniru dan tidak pernah terlintas dalam kepala mereka "apakah mereka meniru sesuatu yang betul?"


kau teruskan saja buat perkara yang betul dan bukannya perkara yang salah tapi kau rasa perkara tersebut betul.


alangkah indahnya nanti bila tiba detik dimana kau berjaya menyeberangi titian dengan selamat dan mereka tersungkur jatuh kedalam api yang melahap-lahap kuasa membakarnya.



.

tok ketua

ce tengok dalam tibi. cerita melayu yang berlatarbelakangkan kawasan kurang urban. kawasan kampung. lihat saja orang kampung, mesti ada sekor dua watak samseng kampung. pesen tak pernah bersosial kat laman sosial.


dan tengok lagi kat kampung tu. ada ketua kampung. ketua kampung yang sangat bertanggungjawab. bila ada masalah, penduduk akan mengadu kepada tok ketua. tok ketua akan bersama penduduk kampung untuk menyelesaikan masalah.


semua tu hanya propaganda rtm. tak habis-habis nak menyesatkan orang tak urban yang hanya berpaksikan kepada tibi untuk mengetahui perkembangan dunia. orang tua misalnya. setiap malam jam 8:00, mesti nak tengok berita. kononnya berita tak menipu.



sudah meleret. sambung lagi. bila aku tengok jkkk kampung aku, memang haramjadah. apa punya bangang ketua kampung macam tu. duk sebok menghasut orang supaya masuk parti politik dia.


jalan yang dia duk guna, duk lalulalang setiap hari, berlubang-lubang. celaka apa ni. bila naik kenderaan murah standard orang kampung, rasa macam naik kuda lumba. dia duk sibuk nak bagi wang ehsan. orang yang ambil wang ehsan tu semua macam datang dengan tayar empat. kepala hotak dia wang ehsan. baiki la jalan tu dulu. bagi wang ehsan kat orang yang tak miskin buat apa. ehsan kepala nenek kau.

Selamat Menonton.

.

Bila gua malas nak update, gini la jadinya.




.

Jantan dan definisinya


Kadang-kadang hidup ini hanya nak kau berkata: 

Aku anak jantan, dan anak jantan tak buat benda-benda macam ni. Anak jantan tak perlu nak rasa macam ni.

Padahal, kau sendiri tak tahu apa maksud jantan, dan apa yang kau perlu buat untuk menjadi seorang jantan.

There’s not even a single book with a guideline to become “jantan”.
 .
.
.


You got the balls?
Then you’re one, as simple as that.


.

kiri

kau upload gambar kat internet. kau tak tahu ke ada orang tengok gambar kau ? mungkin kau rasa okay saja, tiada masalah langsung.

kau upload kat fb. kau kata kau upload kat fb kau. kau kata tu hak kau. kau pulak pesen pakaian tutup bahagian lemak berlebiihan je. orang lain boleh copy dan simpan gambar kau. lagi best, dia menatap gambar kau.

kau memang nak sangat ke terima buku catatan dengan tangan kiri ?

Dunia

Dunia, tak banyak aku boleh bercerita sekarang.

Sekarang aku semakin tertimbus oleh timbunan masa, aku rasa semakin keterbelakang. Dunia aku, seolah hilang. Hilang dari sebarang sentuhan.

Aku berjalan, mencari sedikit perasaan. Cuba menyelami idiosinkrasi sendiri. Basi.

Mungkin kepulan-kepulan asap yang membakar bumi meresap dan teresap ke dalam dunia aku. Menembusi ozon-ozon lutsinar lantas menghancurkan sisa-sisa cebisan dunia aku.

Entah.

Sebenarnya, tuhan saja yang tahu.

Ah, biarlah dunia aku terus berlalu.

life never begin at 40

kata mereka,
"20 tahun adalah tua dan 40 tahun adalah mayat bernyawa"


sudah berumur 40 tahun tapi masih giat melacurkan tubuh dalam bidang lakonan, nyanyian, tarian. seni katanya. ingin memperjuangkan seni hingga nafas terakhir.



apakah akal dikaki atau memang akal hanya disimpan dalam peti besi dan bila sudah berada dalam keranda baru diambil dan dipakai akal itu.



tengok beza panjang jari tengah dan jari telunjuk. dah tak banyak masa. kan ?



_

penantian

dia duduk diatas bangku. bangku kayu. dekat taman.

ramai orang lalu lalang. setiap hari dia duduk di bangku sama. dia menunggu. setiap hari. dia pandang sekeliling. orang awam bersosial sihat. jogging. skipping.

kanak-kanak berkejaran. tak lupa juga gadis-gadis. kencang bergossip sambil menayang dada untuk santapan pakcik-pakcik berkepala putih.

dan dia masih setia menunggu. menunggu seseorang yang tidak pasti. dia tak mahu mencari.


akhirnya dia sendirian. sampai langit runtuh. dia masih bersendirian. tanpa teman hidup.

Anak saitan yang solehah

.
.


Dalam sepantas kilat, dia bangun dan pergi. Meninggalkan aku sendirian. Keseorangan. Kalau  boleh, aku ingin berlari mendapatkannya. Aku ingin pegang tangannya, dan bawa dia pergi membunuh ibunya. Ibunya, adalah syaitan. Pelacur kelas atasan. Penghancur teruna lelaki.  Kerana ibunya, ayahnya bunuh diri. Tertekan.
Dia, sering mencari aku untuk meluahkan perasaannya. Dia, bila meluahkan perasaan, akan berubah menjadi seperti anak-anak anjing comel yang cuba mencari belaian kasih sayang. Mukanya comel membuatkan aku menjadi serba salah. Comelnya ibarat Ranggo, anjing jiran aku.
Tadi, dia datang mengadu lagi. Katanya, ibunya melacur lagi. Katanya, dia dengar ibunya merengek. Babi! Katanya. Aku syak dia marah betul. Jadi aku diam. Diam tanpa sepatah kata. Aku juga keliru. Syurga, dibawa tapak kaki ibu. Jadi, kini syurga dibawa tapak kaki pelacur. Ironi. Fikir aku.
Aku diam ketika dia minta penjelasan. Memberitahu untuk merejam ibunya adalah bodoh, fikir aku. Siapa aku? Tapi, bila aku lihat dia, aku jadi kaku. Aku ingin cabut segala kesengsaraan dia, dan hadiahkan dia dengan kebahagiaan. Aku mahu berikan dia muka yang ceria. Aku mahu melihat muka comel yang ceria, bukan muka comel yang sengsara.
Lalu, bila dia tanya lagi, aku jawab.
“Sayang...jom, kita kahwin...”
******
Hasilnya, dalam sepantas kilat, dia bangun dan pergi......
.
.

fuck me


from behind. on top.
backwards. 
sideways. many times.
for hours. upside down.
horizontally.
in the bed.
in the shower. 
on the washing machine.
on the table. hard. 
fast. against the wall. 
while it's raining outside.

harder. faster. everytime. now. always.




thats what your heart actually want.


now its up to your mind to decide




/

hai

sebelum kau mampu berlari laju, kau mesti belajar merangkak.

sebelum kau lincah merangkak, kau mesti berguling guling seperti buaya dulu.

sebelum kau mampu membaca, kau harus mampu mengeja.




hai. 

penulis disini.



menulis bukan kerana nama

bukan kerana harta

bukan kerana gadis cantik

tapi

semua kerana minda yang terlebih muatan.

mesti sepahkan isi hati dan minda dimana mana.

demi mencapai kekosongan minda.

untuk menguasai dunia



/

what you girls want

a guy that thinks you’re the world
 
A boy that whispers he loves you in your ear 

When you’re not with your guy he’s all that you can think about

A guy who will watch any movie with you, no matter how teary eyed you may get.

A guy that will play her favorite song outside her windowA guy who is loyal

A guy that will call you beautiful or adorable…not hot, fine, or sexy 

A guy that will never judge you for how you look. 

A boy that tells you everything honestly 

A guy that will always let you win

A guy who stands up for you no matter who it is against  

A guy who calls you at night just to say ‘hi’ and see how your day has been

A boy who tells you that your smile makes his day and makes everything better

A boy who will sit on the phone with you when you’re sad, even if you’re quiet










and some of the above may the reason why you are still single.
nak yang sedap sedap je. kau tu sedap ke ?




Kaca Mata Buta

Dia tidak pernah berani memandang jiwa itu lebih daripada 10 kali. Jika lebih, dia gusar pandangan tajam jiwa itu boleh menusuk tubuhnya. Dia risau, jiwa itu boleh mengugat nafsunya, batinnya.

Lantas dia cipta satu kaca mata paling hebat di dunia. Kaca mata itu lain, lain dari yang lain. Bukan sekadar kaca mata yang kau boleh beli di kedai kaca mata. Lain dari levis, hebat dari guess, lagi mengancam dari sub. Kaca mata itu dinamakan kaca mata buta.  

Bila dia pakai kaca mata itu, dia boleh lihat seluruh semesta, kecuali jiwa itu. Makanya, kini dia tidak perlu gusar lagi. Nafsunya selamat, batinnya tak tergugat. Kaca matanya, penyelamat dunianya.

Tapi, dia lupa.

Lama kelamaan, tanpa dia sedari, jiwa itu menghampirinya. Perlahan-lahan, jiwa itu mendekatinya dan cuba untuk merasuk hatinya. Cuba untuk menghiris hatinya menjadi kepingan-kepingan daging yang tercerai. Cuba untuk menakluk dan bertakhta di hatinya.

Bila dekat, zaaap. Jiwa itu patahkan kaca matanya. Dia, tergumam. Jiwa itu betul-betul dihadapannya. Dalam mikro saat, jiwa dia bedegup kencang. Dia, jatuh cinta.

Saat itu baru dia tersedar, bahawa dia lupa.

Cinta itu buta. 

.

aku taktahu nak bantai tajuk apa

l : kenapa kau menangis ?
p : bf aku tinggalkan aku. dia kata aku penipu.

l : kau oke tak ? kau perlukan teman berbicara ?
p : kenapa aku perlu luahkan pada kau. aku tak kenal kau.

l : sebelum kau kenal bf kau, dia juga orang asing dalam hidup kau kan. 
p : kau sanggup ke serabutkan kepala kau dengan masalah hidup orang lain ? pergi lah kau jauh jauh !

l : kau. aku bimbangkan kau. aku tak sanggup lihat seorang gadis cantik manis seperti kau menangis seperti ini.
p : kau ni kenapa. aku bencikan lelaki. benciii !

l : kau. bukan semua lelaki jahat. ramai je yang baik. mungkin kau belum jumpa yang betul betul baik.
p : ahh. diamlah kau. aku tak percayakan lelaki. semua penipu.

l : kau. aku faham perasaan kau. aku juga pernah ditinggalkan oleh orang yang aku cinta dengan sepenuh jiwa raga aku. hanya dia seorang yang memahami perasaan aku.
p : kalau dia memahami kau, kenapa dia tinggalkan kau ?

l : ni semua gara gara kekasih lama dia. aku sayangkan dia dan dia juga sayangkan aku.
p : kalau dia sayangkan kau, kenapa dia sanggup tinggalkan kau ?

l : dia pernah terlanjur dengan kekasih lama dia dan dia tak sanggup mengecewakan aku. selama ini aku tak pernah tahu menahu sejarah silam dia. 
p : habis. macam mana kau dapat tahu ?

l : kawan dia yang bagitau aku.
p : mesti pedih kan bagi kau untuk terima hakikat ni.

l : pada mulanya aku rasa bagai nak gila. aku betuah kerana kawan aku tidak berputus asa memberi semangat untuk hidup kepada aku, aku mula menerima hakikat yang perit ini. kalau lah semua lelaki baik seperti kawan aku, takkan ada lagi wanita yang akan diperdaya. tapi dunia ni memang macam ni kan. setiap orang tak sama. ada bakal ahli syurga dan ada juga bakal ahli neraka.
p : kau sangat tabah. kau bertuah sangat sebab ada kawan yang macam tu. aku tak pernah ada kawan sebegitu. aku bukan seorang yang baik. aku bukan dari keluarga yang baik baik.

l : ehh. kau. apa kata kita sembang dekat kedai sana tu. lagipon, tak elok sembang kat sini. tak ramai orang lalu lalang kat. nanti kalau ada orang nampak kita berdua duaan macam ni, ada fitnah pulak kan.
p :    n_n


************************************************


di kedai


l : kau nak minum apa ? aku pergi mintak kat kaunter. kau pergi duduk dulu kat meja tu.
p : apa saja yang kau minum.


si lelaki kembali ke meja gadis dengan 2 cawan coklat panas.

l : nama kau apa eh ?
p : nama aku sharmila. tapi kawan kawan aku panggil aku tot je sebab aku ni kontot je kan. tak la setinggi pokok kelapa.

l : haha. lawak la nama kau. boleh aku panggil kau mila ? nama tu macam lagi sesuai dengan gadis cantik seperti kau.
p : haha. kau ni. ada ada saja. tak pernah pernah ada orang panggil aku dengan nama mila. aku rasa geli la kau panggil macam tu.

l : alaa kau ni. aku nak panggil kau mila jugak. hee
p : iye iye. ikut suka kau lah nak panggil apa pon. aku tak kesah sangat.


sejam kemudian..

p : kau. aku rasa pening lah. 
l : kau tak apa apa ke ?

p : entah. aku rasa macam nak pitam.
l : ehh. kau oke tak ni..


........


l : ketepi ketepi. isteri saya pitam ni.
sambil mendukung cik mila keluar dari kedai dan terus kearah kereta.



si gadis terjaga dari tidur yang panjang dalam kondisi kepeningan. bila dilihat sekeliling, dia berada dalam sebuah bilik. diatas sebuah katil usang. tanpa seurat benang ditubuhnya. si gadis menangis menangis dan menangis







sampai hati kau. 


betul ke sanggup nak tangkap grenad ?




******************************************





lelaki. memang tak boleh dipercayai. lagi lagi yang bermulut manis. pakar dalam perihal mengayat.

wanita. memang sangat tabah. bukan semua wanita tabah, tapi ramai wanita yang tabah. mungkin lebih tabah jika dibandingkan dengan kaum lelaki. luaran nampak lembut, tapi didalam siapa yang tahu.


hey wanita !
kau nak tahu macam mana jenis lelaki yang baik ?

lelaki yang baik tidak akan mendekati kau dan bercakap cakap dengan kau tanpa sebab munasabah. kecuali ada hal penting. tu belakang kira. lelaki yang baik menundukkan pandangan dia bila terserempak dengan kau. lelaki yang baik akan cuba sedaya upaya untuk menjauhkan diri dari kau. kalau dia nak kau, dia akan merisik kau dan selepas tu kawen dengan kau. kalau takde jodoh lain cerita. banyak lagi personaliti lelaki yang baik. kau cari sendiri lah kalau nak banyak banyak.

kalau gay lain cerita lah.


aku bukan lelaki yang baik, tapi aku tak mahu kau terpedaya dengan lelaki lelaki di luar sana yang nampak macam baik. aku tengok skg dah ramai sangat gadis gadis yang terpedaya dengan kemanisan seorang lelaki.


lelaki. macam beruang polar. nampak comel tapi sekali dia libas kau, memang kena beli kain putih dan batu nisan lepas tu.