Entri berbola

.

Selepas begitu banyak nasihat, falsafah dan tips pegangan hidup daripada koroe, sekarang kita cuba beralih kepada topik yang lebih santai dan serasi dengan mereka yang ada “balls” iaitu bola sepak.

GUA NAK BAGITAU AWAL-AWAL, NI ENTRI BERAT SEBELAH.

.
.

Lebih kurang pukul 6 pagi waktu Malaysia (21/4), sorakan menganjing, puas hati dan pelbagai sesi kutuk mengutuk mewarnai suasana di setiap pelusuk kedai mamak.

Real Madrid berjawa menewaskan Barcelona dan membawa pulang piala Copa Del Rey selepas kemenangan terakhir pada 1993 dan kemarau trofi semenjak 2008. Sebenarnya, tengok game pagi tadi lebih kurang seperti feel pergi berperang bagi die hard fan real mahupun Mourinho, barca mahupun Guardiola.

Sebelum game, percaturan di bibir peminat fanatik barca mengatakan Barca menang. Ni gaya pemikiran peminat barcelona yang tipikal, riak dan takbur sebelum permainan, dan terlebih syok pada team sendiri.

Percaturan Mourinho serba senang dan ringkas, do what it takes to win. Why win 4-0 when 1-0 is good enough? Kalau anda bukan peminat tegar Mourinho dan tak pernah study rekod kemenangan Mourinho, sila percaya. Kemenangan team Mourinho sebanyak 1-0 bukanlah luck, sebaliknya ianya percaturan dari awal lagi. Diamalkan sejak di Chelsea dahulunya.

Ada suara sumbang mengatakan Mourinho bukanlah jurulatih bolasepak yang sebenar memandangkan corak permainan yang dibawanya tak lawa, tak cantik dan tak art. Jadi sedikit persoalan, hendakkah mengikut cara Arsenal? Bermain kononnya begitu art, tapi dah berapa lama tak pernah menang competition hatta sebiji piala sekalipun? Come on, ini bukan zaman batu. Even football involve untung dan rugi.

Dan kisah menyadiskan, Guardiola dan Barcelona sekali lagi kempunan untuk merasa treble meskipun kononnya telah menjadi kelab yang terhebat ketika ini. Ironinya, musim lepas treble dieorang hancur selepas kekalahan pada Inter Milan di Champions League, di bawah kendalian Mourinho. Musim ini hancur lagi angkara Mourinho juga.

Aku malas nak cakap panjang pasal game, kebebalan Ronaldo di awal game, dan penguasaan Barcelona.
Senang cerita.

Ya, barca menang.
Keh3x.

2 comments:

- koroe - said...

abam niii


jangan la bagitau saya yang tulis benda2 kat bawah tu. abam ada tulis jugak kan. bukan saya sorang yang tulis.



err.. pasal chelsii kalah tu tanak tulis kat sini jugak ke ?



hahahaha..


saya minat totenhemm. kehkeh

Hyspheus said...

Chelsea menang abam.. dah tempat ke 2 balik dah. ahaks.