riakk

dari riak wajah pakcik tadi, aku dapat agak dia agak lebai. 

setiap butir tasbih dikira dengan puji-pujian kepada tuhan. mulutnya terkumat-kumit menyebut kata-kata pujian kepada ilahi. entah apa yang disebutnya, dia lebih tahu. entah-entah menganjeng orang bisu.

pakcik tu berdiri depan pintu. tengok daripada gaya dia, bukan pesen datang lambat. aku datang masa khutbah dah start pon masih ada ruang kosong untuk duduk tapi pakcik masih berdiri. siap mengadap audiens lagi. semua jemaah kena tengok muka dia dulu kot lepas tu baru tok imam buleh mulakan solat jumaat.

lain kali pakcik jangan buat macam tu lagi ye. dah macam jin ifrit dah aku tengok. rasanya takda dalam hadis suruh berdiri menghalang orang di pintu masuk sambil bertasbih mengadap jemaah yang datang lambat masa khutbah sedang dibacakan oleh khatib. takda kan pakcik. takda kan.

1 comment: