jalan lurus



mereka memandang jijik bila kau menyuapkan nasi kedalam mulut dengan menggunakan jari jemari tangan kanan kau.mereka kata kau terlalu kampung bila buat macam tu.


selepas kau makan nasi tadi, kau jilat jari jemari tangan kanan kau satu persatu menurut urutan yang betul. sekali lagi mereka mengeji perbuatan kau itu. mereka seolah-olah geli melihat telatah kau.



jangan sekali-kali kau mengikut jejak langkah mereka. mereka hanya perasan urban. sebenarnya, mereka berfikiran tak ubah seperti beruk. hanya tahu meniru dan tidak pernah terlintas dalam kepala mereka "apakah mereka meniru sesuatu yang betul?"


kau teruskan saja buat perkara yang betul dan bukannya perkara yang salah tapi kau rasa perkara tersebut betul.


alangkah indahnya nanti bila tiba detik dimana kau berjaya menyeberangi titian dengan selamat dan mereka tersungkur jatuh kedalam api yang melahap-lahap kuasa membakarnya.



.

3 comments:

Bidadari Syurga said...

tampak hebat di sini sehingga alpa akan kehebatan yg maha kekal di sana... apla tukan makanan manusia?

RastaMat said...

subhanallah...

juliam said...

dan time tu aku akan terbahak bahak HAHAHAHAH
nak laungkan padan muka.

eh jahat gila

haha