Negara Islam Model 2

Kadang-kadang dengan fantasi kita boleh menghiburkan minda kita dengan perkara-perkara yang kita sering lalui seharian. Semalam aku fikir sudah sampai masa untuk aku cuba berfantasi dan bercerita di blog ni. Tapi, nampaknya sedikit demi sedikit, adrenalin mula menaik. Terpanas dan dipanaskan. Aku terpaksa cerita isu ni. Kalau tak cerita, terasa seperti ada kerja yang tak disiapkan. Jadi tak perlulah metafora segala. Kita mood sirius sebentar ya!

Pagi tadi selepas masuk kelas, aku macam biasa akan mula melakukan aktiviti sihat orang-orang kaya iaitu membaca surat khabar. Tetapi memandangkan agak kurang sivik untuk membentangkan surat khabar dan membacanya di depan lecturer, jadi aku hanya baca menggunakan handphone.

Dan satu tajuk segera menarik perhatian aku sekuat-kuatnya.
Tajuk:  10 Juta bangunkan DUN Kerbau

Ok. Manusia yang sihat akal fikirannya tak perlu berfikir panjang mahupun melakukan sebarang analisis dengan mencari isi tersirat mahupun tersurat. Siapa-siapa yang waras akan segera menangkap idea bahawa motif utamanya adalah pancing undi.

Jadi tak perlulah Najib nak bermetafora hiperbola kejadah segala tu semata-mata untuk mengaburi mata penduduk. Aku bukan nak pilih sebelah pembangkang mahupun kerajaan. Cuma, hati aku tak sedap bila rakyat kian diperbodohkan oleh pemimpin yang kononnya bakal meneraju bangsa ke arah yang lebih maju.

 "Lampu jalan, rumah kos rendah dan ini semua saya tidak mahu cakap lagi, nanti akan ada orang kata saya hendak membeli undi pula. Sebelum ini, saya pernah berjanji saya akan menjadi Perdana Menteri untuk semua kaum dan inilah buktinya," katanya."

Kejadah haram apakah ini? Berjanji untuk semua kaum, dan inilah buktinya? Ok. Kalau betullah dah memang menifesto untuk beri kepada semua kaum, kenapa nak tunggu adun meninggal dulu baru nak beri? Kenapa nak tunggu ada pilihanraya dan semua mata duk tertumpu kepada kawasan tu je baru nak beri semua ni? Kenapa? Tak boleh beri terus lepas menang? Tak ada masa? Sekarang ada masa pulak.

Kalau kita rewind sikit kebelakang. Tengok pada pilihanraya galas, benda sama juga terjadi. Tapi yang ini lagi unik. Dua-dua pihak sibuk beli pengundi. Tapi uniknya, pihak suratkhabar akan ambil gambar pihak pembangkang beli undi dan putar belit supaya nampak pembangkang terdesak beli pengundi. Mahu tak terdesaknya, dah kerajaan sibuk bagi tu bagi ni. Ideanya sama, beli pengundi juga. Tapi suratkhabar yang rata-ratanya dimonopoli oleh kerajaan, akan putar belit supaya nampak benda yang kerajaan buat ni bagus, ikhlas.

Ni semua benda yang aku rasa tak sepatutnya berlaku di Malaysia yang kononya negara Islam contoh. Kalau nak pancing pengundi pun, tak perlu duit semua. Tak boleh ke pancing menggunakan cara lain. Gaji ribu-ribu, pangkat berjela-jela, benda kreatif sikit pun tak boleh nak fikir? Kalau semua boleh guna duit, then you don't even need a democracy. What you need is money. And that'll lead to dictatorship.

surat cinta

kipas statik tanpa pusingan membuatkan bilik berdinding hijau daun kelihatan suram. katil baru yang masih ada bau kots memos terlantar diatasnya tilam empuk dengan cadar pink. tak lupa juga gamba spongebob dan patrik pada cadar pink tersebut.

meja bersaiz sederhana disudut bilik menambahkan lagi perasaan kurius pembaca. permukaan meja dibalut dengan kertas pasir merah bernombor 18. kertas pasir agak kasar untuk mengelakkan objek silinder seperti botol air, terguling jatuh ke lantai. merah. pembaca mula tertanya tanya, kenapa merah ?

seorang gadis berbaju putih lusuh dan jarang hingga tak nampak tali bra termenung sambil duduk diatas kerusi bertayar dan buleh mengeluarkan bunyi seram jika bergoyang. gadis tersebut tidak memakai bra. memandangkan malam telah lama menjelma, si gadis hanya menunggu matanya layu. si gadis memegang sehelai kertas putih yang bertulis. panjang tulisannya. seperti surat cinta. si gadis membaca surat tersebut dengan suara hati.

matanya mula berkaca. hatinya gundah gulana. jantungnya berdegup laju. kertas putih digenggam dengan kuat dan mula ronyok. semakin lama dia membaca, makin banyak air yang bergenang dimatanya. sampai satu tahap, air dimatanya terlalu banyak lalu melimpah ke pipinya. dia mengesat air dipipi gebunya, namun, air matanya seperti sungai. tetap mengalir kebawah.

gadis berpipi merah dan gebu itu sudah tidak tahan dengan isi kandungan surat ditangannya. dia sedih. dia tak dapat menerima takdir yang menimpa dirinya. dia lemah. dia gumpalkan kertas putih tersebut dan berharap agar isi surat tersebut tidak wujud. 

dengan harapan dia akan dapat membuang memori dari surat itu, dia buangkan saja gumpalan kertas kedalam tong sampah kecil di bucu bilik. dibalingnya gumpalan kertas tersebut kearah tong sampah, namun oleh sebab dia bukan pemain snuker yang cekap, kertas tersebut tidak masuk kedalam tong. ia seperti dia tidak dapat membuang isi surat itu begitu sahaja. 

si gadis bangun dari kerusi dan berjalan seperti orang yang telah hilang harapan. dia kutip semula gumpalan kertas tadi dan berdiri di hadapan tong tersebut. dia lemparkan gumpalan kertas tadi kearah tong. gumpalan kertas yang degil tersebut terkena tong sampah dan reflek ke luar. sekali lagi. tidak masuk.

gadis comel tersebut bermonolog dalam hatinya.

.
.

FFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFF

Malaysia Negara Islam Model

Persidangan Pergerakan Sedunia Untuk Keadilan, Keamanan dan Kemuliaan Insan anjuran bersama Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia, International Movement for a Just World (Just) dan Universiti Bahceschir, Istanbul mengeluarkan kesimpulan bahawa Turki dan Malaysia adalah model negara Islam contoh.

Sebagai seorang penduduk Malaysia, aku sebenarnya tak faham dari celah mana kesimpulan itu dibuat. Malaysia menghala ke arah kemajuan, betul. Tapi Malaysia masih lagi jauh daripada menjadi sebuah negara Islam model. Malah, bukan Malaysia sahaja, tapi seluruh negara Islam masih lagi jauh daripada menjadi sebuah negara Islam model, seperti Madinah dahulunya.

Aku bukanlah dari golongan tabligh. Jauh sekali dari golongan yang belajar kitab hikam. Jadi, seperti mindset orang melayu kebanyakan, aku tidak layak sedikit habuk pun untuk bercakap mengenai Islam. Aku adalah orang-orang jahil, yang melakukan dosa saban hari. Tapi, aku ingin bercerita juga, satu pendapat aku. Tak banyak, cuma satu.

Kalau benarlah Malaysia ni negara Islam model. Kalau betullah Malaysia adalah negara Islam...
 
Kenapa orang Malaysia [ratanya Melayu] sangat tidak peka dan prihatin dalam bab kebersihan? Dari isu membuang sampah merata-rata sampailah kepada tandas awam. Tengok pulak berapa kerat individu yang masuk tandas, tapi keluar tak basuh tangan. Itu baru soal individu, belum masuk bab sungai yang tercemar, keracunan makanan. Cara makanan disediakan di warung dan pasar malam. Tabiat makan duduk di tepi jalan, berdekatan longkang.

Padahal, Islam itu sendiri menitikberatkan soal kebersihan.

Hah, Najib, jawab! Jawab!

demi masa

gamba dari internet
tadi masa semayang jumaat, ramai jemaah yang tido masa khutbah. biasalah. khutbah tu kan lama. buleh cecah setengah jam. kau mesti tak tahu kan setengah jam adalah sama dengan 1.6k saat. banyak tu 1.6k. kalau kau ada duit sebanyak 1.6k hengget, nescaya kau buleh makan nasi goreng ayam penyet atau nasi kerabu selama sebulan tanpa perlu bimbang tak cukup duit nak bayar.

aku pernah pergi tengok wayang. mentang mentang kampung aku takda benda benda panggung ni, kau ingat aku tak kenal panggung wayang ? kau memang nak kena lempang kan. aku sambung. aku pergi tengok wayang kat panggung, aku lupa tajuk cerita tapi yang pasti bukan cerita lucah atau cerita yang ada adegan pegang pegang tetek. seingat aku, bukan filem melayu. aku usha dalam panggung, semua mata fokus kat skrin. takda seekor pun yang sedang diulit mimpi indah. mungkin sebab cerita tu kejap je kot durasi dia. takda lah lama sangat duk dalam tu. 120 minit je kot.

jauh kan beza 1.6k seken jika dibandingkan dengan 0.12k minit. macam konek itik dengan tiang lampu jalan.

Sepatah dua kata

Akhirnya aku berkolaborasi juga dengan koroe. Aku seperti biasa, memang pantang bila diajak menulis. Aku ingin terus menulis. Ingin menconteng segala apa yang aku rasa perlu diconteng. Aku, ingin meluahkan apa yang aku rasa perlu diluah. Dan aku, akan bercerita, bilamana aku rasa perlu dicerita.

Aku tak rasa dunia perlukan blog. Tapi, dunia memang perlukan penulis. Ideanya, supaya kita dapat bercerita dan beriteraksi sesama manusia. Tapi, blog adalah satu bonus. Mendekatkan yang jauh, dan menjauhkan yang dekat.

Biarlah sisa-sisa cerita basi aku ini terus dihimpun. Biarlah sisa-sisa perjuangan akal aku mengerah keringat untuk berfantasi kekal disini. Selagi esok masih ada hari, selagi itu aku akan disini untuk menulis lagi.

Aku, sekadar ingin berkongsi pada siapa yang sudi.

introdaksyen !

gamba bantai kat tumblr
blog baru. sangat sesuai tulis intro. persetankan intro untuk blog. tiada siapa yang nak bagi duit mahupon kek cawan untuk intro yang bagus.

aku nak pakai 100/100 gaya bahasa melayu. takkan ada perkataan penjajah kecuali untuk dialog. setan. apa aku tulis ni. suka hati lah aku nak pakai perkataan apa pun. zirafah aku mintak makanan sambil buat mata buih-buih ni.

papai !!