Gaduh-aktiviti klise alam melayu.

Tadi aku terbaca satu berita dekat Malaysiakini.


Segmen budak-budak bergaduh sebenarnya satu peringkat tumbesaran yang klise. Rata-rata budak-budak di Malaysia dibesarkan dalam suasana pergaduhan. Bergaduh tu ibarat perkara wajib dalam proses membesar. Masa kecil, bergaduh berebut coklat dengan adik beradik. Masuk sekolah rendah, bergaduh berebut kad, basikal ataupun mainan dengan kawan-kawan. Masuk sekolah menengah, bergaduh tak puas hati kena anjing. Bila masuk alam dewasa, ahli politik bergaduh sesama sendiri. Tayang dekat tv, surat-khabar dan internet. Benda ni realiti. Kita sebagai orang timur memang suka bab sepak terajang ni.

Dan ramai rakyat kita yang mempunyai tanggapan yang buruk terhadap mereka yang terjebak dengan alam pergaduhan ni. Somehow, we feel that they are bastards yang tak boleh diajar lagi. Bahasa mudahnya, ramai diantara kita yang ingat mereka ni hanya menyusahkan hidup orang lain. Daripada dibiarkan, baik dipenjara. Kalau teruk sangat, buang daerah. Daerah lain tu pulak terima dengan senang hati individu yang dibuang. Apa kesudahan yang kita nak cari sebenarnya?

Kalau niat nak memupuk suasana tanpa pergaduhan, baik dikerah polis dan fru. Cari ketua-ketua kongsi gelap. Tangkap, serap jadi askar. Menangkap anak-anak buah kongsi gelap adalah ibarat menangkap penagih dadah, dan membiarkan pengedar dadah berleluasa. Satu kerja yang hanya menambahkan kerja.

Pergaduhan yang macam mana budak-budak ni terlibat tak pula diberitahu. Kalau rujuk pada hukuman, aku andaikan pergaduhan yang besar-besarlah. Tahap kongsi gelap. But somehow, this teenager masih ada masa hadapan. Dapat tawaran daripada universiti.

Maybe orang kita perlu kurangkan sedikit nafsu menghukum. Menghukum tanpa bicara bagi aku adalah satu tindakan yang paling bullshit. We are not in the era of dictactorship. Democracy is what we are. So, hiduplah dengan cara demokrasi.

Ramai individu yang mengutuk budak-budak tu. Seperti yang aku kata tadi, ramai orang kita mempunyai tanggapan yang buruk terhadap dieorang. The main reason adalah sebab tak kena dekat batang hidung mereka sendiri. Mereka boleh kata, yang mereka tak akan terjebak. Tapi suasana pembesaran adalah main factor. Hakikatnya, suasana pembesaran lah yang membuatkan mereka mula terjebak dengan pergaduhan. Dan tahukah mereka bahawa suasana pembesaran itu tak ada orang boleh pilih? Ianya terjadi secara natijah hukum alam. Kun fayakun.

Betapa jahanamnya dunia kalau kita terpaksa menjadi sesuatu disebabkan suasana pembesaran, lepas itu dikutuk dan dicaci dunia kerana karakter kita. Kita langsung tak diberi peluang untuk memilih.

Senang nak mengutuk, senang nak mencaci, tapi cuba letak diri dalam tempat budak tu. I believe, kau akan mahu buat satu benda, untuk dunia ubah fikiran terhadap kau. Kau mahu, dunia beri kau satu peluang. Kau mahu, hidup macam orang lain. Kau mahu, berubah.

That is what you'll feel. Betapa susah sekalipun nak bertaubat, bila kau rasa sendiri kiamat masa depan, kau sediri akan cari masa untuk bertaubat. Percayalah. Rasa dulu, baru tahu.

No comments: