PEMIMPI MATI

Gua tak tahu ada orang masuk lagi ke idak dekat blog ni. Lancau sangat penulis-penulisnya.

Tapi tak apalah, gua tak nak blebel panjang-panjang, memang tak ada orang nak layan. Jadi gua teruslah ke objektif utama gua, iaitu mempromosikan sebuah blog novel yang baru:

http://pemimpimati.blogspot.com/

Sama-samalah mengimarahkan blog ni ya.

.







OI DENGAR CITE NAK TUTUP?






.

Kelab Isteri Taat (Nama yang sangat 'lame')

.
Dah sekian lama aku tak dihiburkan dengan idealisme dan tindak tanduk yang boleh buat aku respek dan tertarik. It's been a while since someone entertain me with a beautiful idea, which can change not only the community but also the entire world.

Yes-it's been a while.

Hari ini di Malaysia, yang rata-ratanya penduduk Islam, berbudayakan timur dan mementingkan adat, kita hanya mampu mencipta beberapa idea kering, membuahkan beberapa pandangan tanpa asas, dan menghasilkan undang-undang yang berterabur.

Sebuah kelab isteri taat bakal ditubuhkan di negara ini. Kononnya bagi menghasilkan satu komuniti muslimah yang taat kepada suami dan berlandaskan hukum-hukum agama. Supaya isteri tidak lagi nusyuz. I want to ask, tak adakah kelab lelaki taat?  Of course tak ada. Sebab lelaki boleh buat apa saja. Mereka suka memanipulasi wanita.

Untuk apakah kelab ini sebenarnya? Hanya satu jalan lurus yang aku nampak, kemudahan bagi lelaki, atau suami untuk berpoligami. Apa pentingnya, apa perlunya, apa rasionalnya? Mungkin setelah kelab ini tertubuh secara officialnya, kita boleh lihat dengan lebih jelas.

Isteri yang taat, tak perlukan sebuah kelab. Sebaliknya, satu mekanisme bagi menanam ilmu pengetahuan mengenai ciri-ciri isteri yang muslimah. And for the fact, to be in the club, doesn't means that you're a good wife. Tak bermakna si isteri itu seorang yang taat.

Please, give me some more serious yet genius idea.
.

bulan enam sudah!

seperti dalam kalendar omputih, bulan enam sudah.

bulan enam tahun ni sungguh unik kerana di permulaan bulan saja sudah kepoh dengan isu seks.

tapi apalah sangat isu seks tu. ada isu yang lagi panas. sekarang sudah bulan enam. approx 60 hari lagi, kita akan menyambut bulan lapan. puasa weh puasa. eksaited betui nak sambut bulan puasa ni. bazar ramadhan everyday throughout ramadhan.



can't wait to eat nekbat. kehkeh

polarity

tak perlu lah berlagak secara keterlaluan seperti menipu orang lain tentang pointer semasa belajar di university dan band muet.


apa kau ingat kau yang paling pandai dalam ruang makmal tu? tahu la lecturer. tak perlu lah nak berlagak sampai menampakkan kebodohan sendiri. ya, aku sangat negatif dalam berfikir.


bila belajar kimia, sampai satu tahap kau akan belajar satu ilmu iaitu chemical bonding. ia melibatkan kekutuban sesuatu elemen. secara asasnya, elemen negatif akan bond dengan elemen positif.


thats why people are so negative.

playception

awek tu cakap ada lelaki nak main-mainkan hati dan perasaan dia. awek yang penuh dengan ego tu kata dia main-mainkan lelaki tu balik.


bodoh apakah ini?


kemain kau bodoh dua kali. kau promot kebodohan kau kat wall fb sendiri. kalau blonde buat macam tu takpa lah. at least dia ada aset. kau apa ada?

Gaduh-aktiviti klise alam melayu.

Tadi aku terbaca satu berita dekat Malaysiakini.


Segmen budak-budak bergaduh sebenarnya satu peringkat tumbesaran yang klise. Rata-rata budak-budak di Malaysia dibesarkan dalam suasana pergaduhan. Bergaduh tu ibarat perkara wajib dalam proses membesar. Masa kecil, bergaduh berebut coklat dengan adik beradik. Masuk sekolah rendah, bergaduh berebut kad, basikal ataupun mainan dengan kawan-kawan. Masuk sekolah menengah, bergaduh tak puas hati kena anjing. Bila masuk alam dewasa, ahli politik bergaduh sesama sendiri. Tayang dekat tv, surat-khabar dan internet. Benda ni realiti. Kita sebagai orang timur memang suka bab sepak terajang ni.

Dan ramai rakyat kita yang mempunyai tanggapan yang buruk terhadap mereka yang terjebak dengan alam pergaduhan ni. Somehow, we feel that they are bastards yang tak boleh diajar lagi. Bahasa mudahnya, ramai diantara kita yang ingat mereka ni hanya menyusahkan hidup orang lain. Daripada dibiarkan, baik dipenjara. Kalau teruk sangat, buang daerah. Daerah lain tu pulak terima dengan senang hati individu yang dibuang. Apa kesudahan yang kita nak cari sebenarnya?

Kalau niat nak memupuk suasana tanpa pergaduhan, baik dikerah polis dan fru. Cari ketua-ketua kongsi gelap. Tangkap, serap jadi askar. Menangkap anak-anak buah kongsi gelap adalah ibarat menangkap penagih dadah, dan membiarkan pengedar dadah berleluasa. Satu kerja yang hanya menambahkan kerja.

Pergaduhan yang macam mana budak-budak ni terlibat tak pula diberitahu. Kalau rujuk pada hukuman, aku andaikan pergaduhan yang besar-besarlah. Tahap kongsi gelap. But somehow, this teenager masih ada masa hadapan. Dapat tawaran daripada universiti.

Maybe orang kita perlu kurangkan sedikit nafsu menghukum. Menghukum tanpa bicara bagi aku adalah satu tindakan yang paling bullshit. We are not in the era of dictactorship. Democracy is what we are. So, hiduplah dengan cara demokrasi.

Ramai individu yang mengutuk budak-budak tu. Seperti yang aku kata tadi, ramai orang kita mempunyai tanggapan yang buruk terhadap dieorang. The main reason adalah sebab tak kena dekat batang hidung mereka sendiri. Mereka boleh kata, yang mereka tak akan terjebak. Tapi suasana pembesaran adalah main factor. Hakikatnya, suasana pembesaran lah yang membuatkan mereka mula terjebak dengan pergaduhan. Dan tahukah mereka bahawa suasana pembesaran itu tak ada orang boleh pilih? Ianya terjadi secara natijah hukum alam. Kun fayakun.

Betapa jahanamnya dunia kalau kita terpaksa menjadi sesuatu disebabkan suasana pembesaran, lepas itu dikutuk dan dicaci dunia kerana karakter kita. Kita langsung tak diberi peluang untuk memilih.

Senang nak mengutuk, senang nak mencaci, tapi cuba letak diri dalam tempat budak tu. I believe, kau akan mahu buat satu benda, untuk dunia ubah fikiran terhadap kau. Kau mahu, dunia beri kau satu peluang. Kau mahu, hidup macam orang lain. Kau mahu, berubah.

That is what you'll feel. Betapa susah sekalipun nak bertaubat, bila kau rasa sendiri kiamat masa depan, kau sediri akan cari masa untuk bertaubat. Percayalah. Rasa dulu, baru tahu.