Anak saitan yang solehah

.
.


Dalam sepantas kilat, dia bangun dan pergi. Meninggalkan aku sendirian. Keseorangan. Kalau  boleh, aku ingin berlari mendapatkannya. Aku ingin pegang tangannya, dan bawa dia pergi membunuh ibunya. Ibunya, adalah syaitan. Pelacur kelas atasan. Penghancur teruna lelaki.  Kerana ibunya, ayahnya bunuh diri. Tertekan.
Dia, sering mencari aku untuk meluahkan perasaannya. Dia, bila meluahkan perasaan, akan berubah menjadi seperti anak-anak anjing comel yang cuba mencari belaian kasih sayang. Mukanya comel membuatkan aku menjadi serba salah. Comelnya ibarat Ranggo, anjing jiran aku.
Tadi, dia datang mengadu lagi. Katanya, ibunya melacur lagi. Katanya, dia dengar ibunya merengek. Babi! Katanya. Aku syak dia marah betul. Jadi aku diam. Diam tanpa sepatah kata. Aku juga keliru. Syurga, dibawa tapak kaki ibu. Jadi, kini syurga dibawa tapak kaki pelacur. Ironi. Fikir aku.
Aku diam ketika dia minta penjelasan. Memberitahu untuk merejam ibunya adalah bodoh, fikir aku. Siapa aku? Tapi, bila aku lihat dia, aku jadi kaku. Aku ingin cabut segala kesengsaraan dia, dan hadiahkan dia dengan kebahagiaan. Aku mahu berikan dia muka yang ceria. Aku mahu melihat muka comel yang ceria, bukan muka comel yang sengsara.
Lalu, bila dia tanya lagi, aku jawab.
“Sayang...jom, kita kahwin...”
******
Hasilnya, dalam sepantas kilat, dia bangun dan pergi......
.
.

No comments: