aku taktahu nak bantai tajuk apa

l : kenapa kau menangis ?
p : bf aku tinggalkan aku. dia kata aku penipu.

l : kau oke tak ? kau perlukan teman berbicara ?
p : kenapa aku perlu luahkan pada kau. aku tak kenal kau.

l : sebelum kau kenal bf kau, dia juga orang asing dalam hidup kau kan. 
p : kau sanggup ke serabutkan kepala kau dengan masalah hidup orang lain ? pergi lah kau jauh jauh !

l : kau. aku bimbangkan kau. aku tak sanggup lihat seorang gadis cantik manis seperti kau menangis seperti ini.
p : kau ni kenapa. aku bencikan lelaki. benciii !

l : kau. bukan semua lelaki jahat. ramai je yang baik. mungkin kau belum jumpa yang betul betul baik.
p : ahh. diamlah kau. aku tak percayakan lelaki. semua penipu.

l : kau. aku faham perasaan kau. aku juga pernah ditinggalkan oleh orang yang aku cinta dengan sepenuh jiwa raga aku. hanya dia seorang yang memahami perasaan aku.
p : kalau dia memahami kau, kenapa dia tinggalkan kau ?

l : ni semua gara gara kekasih lama dia. aku sayangkan dia dan dia juga sayangkan aku.
p : kalau dia sayangkan kau, kenapa dia sanggup tinggalkan kau ?

l : dia pernah terlanjur dengan kekasih lama dia dan dia tak sanggup mengecewakan aku. selama ini aku tak pernah tahu menahu sejarah silam dia. 
p : habis. macam mana kau dapat tahu ?

l : kawan dia yang bagitau aku.
p : mesti pedih kan bagi kau untuk terima hakikat ni.

l : pada mulanya aku rasa bagai nak gila. aku betuah kerana kawan aku tidak berputus asa memberi semangat untuk hidup kepada aku, aku mula menerima hakikat yang perit ini. kalau lah semua lelaki baik seperti kawan aku, takkan ada lagi wanita yang akan diperdaya. tapi dunia ni memang macam ni kan. setiap orang tak sama. ada bakal ahli syurga dan ada juga bakal ahli neraka.
p : kau sangat tabah. kau bertuah sangat sebab ada kawan yang macam tu. aku tak pernah ada kawan sebegitu. aku bukan seorang yang baik. aku bukan dari keluarga yang baik baik.

l : ehh. kau. apa kata kita sembang dekat kedai sana tu. lagipon, tak elok sembang kat sini. tak ramai orang lalu lalang kat. nanti kalau ada orang nampak kita berdua duaan macam ni, ada fitnah pulak kan.
p :    n_n


************************************************


di kedai


l : kau nak minum apa ? aku pergi mintak kat kaunter. kau pergi duduk dulu kat meja tu.
p : apa saja yang kau minum.


si lelaki kembali ke meja gadis dengan 2 cawan coklat panas.

l : nama kau apa eh ?
p : nama aku sharmila. tapi kawan kawan aku panggil aku tot je sebab aku ni kontot je kan. tak la setinggi pokok kelapa.

l : haha. lawak la nama kau. boleh aku panggil kau mila ? nama tu macam lagi sesuai dengan gadis cantik seperti kau.
p : haha. kau ni. ada ada saja. tak pernah pernah ada orang panggil aku dengan nama mila. aku rasa geli la kau panggil macam tu.

l : alaa kau ni. aku nak panggil kau mila jugak. hee
p : iye iye. ikut suka kau lah nak panggil apa pon. aku tak kesah sangat.


sejam kemudian..

p : kau. aku rasa pening lah. 
l : kau tak apa apa ke ?

p : entah. aku rasa macam nak pitam.
l : ehh. kau oke tak ni..


........


l : ketepi ketepi. isteri saya pitam ni.
sambil mendukung cik mila keluar dari kedai dan terus kearah kereta.



si gadis terjaga dari tidur yang panjang dalam kondisi kepeningan. bila dilihat sekeliling, dia berada dalam sebuah bilik. diatas sebuah katil usang. tanpa seurat benang ditubuhnya. si gadis menangis menangis dan menangis







sampai hati kau. 


betul ke sanggup nak tangkap grenad ?




******************************************





lelaki. memang tak boleh dipercayai. lagi lagi yang bermulut manis. pakar dalam perihal mengayat.

wanita. memang sangat tabah. bukan semua wanita tabah, tapi ramai wanita yang tabah. mungkin lebih tabah jika dibandingkan dengan kaum lelaki. luaran nampak lembut, tapi didalam siapa yang tahu.


hey wanita !
kau nak tahu macam mana jenis lelaki yang baik ?

lelaki yang baik tidak akan mendekati kau dan bercakap cakap dengan kau tanpa sebab munasabah. kecuali ada hal penting. tu belakang kira. lelaki yang baik menundukkan pandangan dia bila terserempak dengan kau. lelaki yang baik akan cuba sedaya upaya untuk menjauhkan diri dari kau. kalau dia nak kau, dia akan merisik kau dan selepas tu kawen dengan kau. kalau takde jodoh lain cerita. banyak lagi personaliti lelaki yang baik. kau cari sendiri lah kalau nak banyak banyak.

kalau gay lain cerita lah.


aku bukan lelaki yang baik, tapi aku tak mahu kau terpedaya dengan lelaki lelaki di luar sana yang nampak macam baik. aku tengok skg dah ramai sangat gadis gadis yang terpedaya dengan kemanisan seorang lelaki.


lelaki. macam beruang polar. nampak comel tapi sekali dia libas kau, memang kena beli kain putih dan batu nisan lepas tu.










7 comments:

RastaMat said...

setuju!!!

. said...

aku..
aku...
aku....
aku.....

jatuh cinta dgn blog ni!

>__<

p.s; update rajin2 tau!

± said...

pesanan khidmat masyarakat yg harus dipandang serius oleh kaum hawa

Anonymous said...

beruang polar. -.-'



so true

Anonymous said...

hurm. sangat betul koroe. takutnye kalau terjebak macam tu. nauzubillah.






er. siapa tu beruang polar?

Eyka said...

owhhh....*buat2 pham..hahaha*


ceh! koroe ade blog lgi satu..xckp pon..huhu..T.T

Raihana Izzati said...

gila best. good one.

tapi scene last tu tak detail la.grr.