polarity

tak perlu lah berlagak secara keterlaluan seperti menipu orang lain tentang pointer semasa belajar di university dan band muet.


apa kau ingat kau yang paling pandai dalam ruang makmal tu? tahu la lecturer. tak perlu lah nak berlagak sampai menampakkan kebodohan sendiri. ya, aku sangat negatif dalam berfikir.


bila belajar kimia, sampai satu tahap kau akan belajar satu ilmu iaitu chemical bonding. ia melibatkan kekutuban sesuatu elemen. secara asasnya, elemen negatif akan bond dengan elemen positif.


thats why people are so negative.

playception

awek tu cakap ada lelaki nak main-mainkan hati dan perasaan dia. awek yang penuh dengan ego tu kata dia main-mainkan lelaki tu balik.


bodoh apakah ini?


kemain kau bodoh dua kali. kau promot kebodohan kau kat wall fb sendiri. kalau blonde buat macam tu takpa lah. at least dia ada aset. kau apa ada?

Gaduh-aktiviti klise alam melayu.

Tadi aku terbaca satu berita dekat Malaysiakini.


Segmen budak-budak bergaduh sebenarnya satu peringkat tumbesaran yang klise. Rata-rata budak-budak di Malaysia dibesarkan dalam suasana pergaduhan. Bergaduh tu ibarat perkara wajib dalam proses membesar. Masa kecil, bergaduh berebut coklat dengan adik beradik. Masuk sekolah rendah, bergaduh berebut kad, basikal ataupun mainan dengan kawan-kawan. Masuk sekolah menengah, bergaduh tak puas hati kena anjing. Bila masuk alam dewasa, ahli politik bergaduh sesama sendiri. Tayang dekat tv, surat-khabar dan internet. Benda ni realiti. Kita sebagai orang timur memang suka bab sepak terajang ni.

Dan ramai rakyat kita yang mempunyai tanggapan yang buruk terhadap mereka yang terjebak dengan alam pergaduhan ni. Somehow, we feel that they are bastards yang tak boleh diajar lagi. Bahasa mudahnya, ramai diantara kita yang ingat mereka ni hanya menyusahkan hidup orang lain. Daripada dibiarkan, baik dipenjara. Kalau teruk sangat, buang daerah. Daerah lain tu pulak terima dengan senang hati individu yang dibuang. Apa kesudahan yang kita nak cari sebenarnya?

Kalau niat nak memupuk suasana tanpa pergaduhan, baik dikerah polis dan fru. Cari ketua-ketua kongsi gelap. Tangkap, serap jadi askar. Menangkap anak-anak buah kongsi gelap adalah ibarat menangkap penagih dadah, dan membiarkan pengedar dadah berleluasa. Satu kerja yang hanya menambahkan kerja.

Pergaduhan yang macam mana budak-budak ni terlibat tak pula diberitahu. Kalau rujuk pada hukuman, aku andaikan pergaduhan yang besar-besarlah. Tahap kongsi gelap. But somehow, this teenager masih ada masa hadapan. Dapat tawaran daripada universiti.

Maybe orang kita perlu kurangkan sedikit nafsu menghukum. Menghukum tanpa bicara bagi aku adalah satu tindakan yang paling bullshit. We are not in the era of dictactorship. Democracy is what we are. So, hiduplah dengan cara demokrasi.

Ramai individu yang mengutuk budak-budak tu. Seperti yang aku kata tadi, ramai orang kita mempunyai tanggapan yang buruk terhadap dieorang. The main reason adalah sebab tak kena dekat batang hidung mereka sendiri. Mereka boleh kata, yang mereka tak akan terjebak. Tapi suasana pembesaran adalah main factor. Hakikatnya, suasana pembesaran lah yang membuatkan mereka mula terjebak dengan pergaduhan. Dan tahukah mereka bahawa suasana pembesaran itu tak ada orang boleh pilih? Ianya terjadi secara natijah hukum alam. Kun fayakun.

Betapa jahanamnya dunia kalau kita terpaksa menjadi sesuatu disebabkan suasana pembesaran, lepas itu dikutuk dan dicaci dunia kerana karakter kita. Kita langsung tak diberi peluang untuk memilih.

Senang nak mengutuk, senang nak mencaci, tapi cuba letak diri dalam tempat budak tu. I believe, kau akan mahu buat satu benda, untuk dunia ubah fikiran terhadap kau. Kau mahu, dunia beri kau satu peluang. Kau mahu, hidup macam orang lain. Kau mahu, berubah.

That is what you'll feel. Betapa susah sekalipun nak bertaubat, bila kau rasa sendiri kiamat masa depan, kau sediri akan cari masa untuk bertaubat. Percayalah. Rasa dulu, baru tahu.

Coach Chelsea - Lelaki yang tak gusar untuk dipecat.

Dengan kegagalan menjuarai EPL pada musim ini, seperti yang sudah diramal Roman Abramovich dengan gaya kapitails segera menunjukkan jalan keluar kepada Ancelotti. To be fair, he deserve another chance. Untuk sentiasa menang di dalam bola sepak adalah satu misi yang mustahil. Even a good tactician can't do that. Jose Mourinho yang dahulunya mengekalkan rekod 9 tahun tanpa kalah dekat home pun akhirnya kalah. This is football. Dan pastinya rekod bukan untuk dibangga, tetapi untuk dipecahkan.

Tapi deep inside aku sebenarnya suka dengan pemecatan ini. Walaupun Ancelotti tak layak untuk dipecat, tapi dia bukanlah orang yang sesuai untuk meneruskan misi Chelsea. Aku lebih suka seorang yang psiko, genius dan sentiasa mempunyai plan-B di dalam game. Ya, seorang seperti Sir Alex Ferguson, Jose Mourinho dan Luis Van Gaal. Selain itu, untuk menjadi coach Chelsea, he needs to be prepare untuk dipecat. Well, can't blame Abramovich though. He owns the club, he has the right. Kapitalis di dalam bola sepak kadang-kadang menarik.


Jadi, persoalannya siapa yang layak memikul tanggungjawab sebagai coach di Chelsea?

Pandangan-pandangan professional yang mengatakan Redknapp adalah bullshit. Ini adalah cadangan yang paling tidak boleh diterima akal. Dan kalau inilah individu yang dipilih oleh Abramovich, hancurlah masa hadapan Chelsea. What can you expect from a manager yang hanya boleh membawa Tottenham ke tangga ke 5 EPL even with a good line-up? Okay, mungkin dia deserve sedikit honor kerana Tottenham berjaya menewaskan Liverpool. But that's a different story. Another thing dengan Redknapp adalah dia kadang-kadang boleh terlibat dengan korupsi.

Nama yang aku rasa paling sesuai adalah Luis Van Gaal dan Guus Hiddink. 2 orang jurulatih berdarah belanda. Nama Guus Hiddink adalah yang paling panas. And to be fair, dengan achievement yang telah dicapai beliau, Chelsea sememangnya memerlukan orang sepertinya. Lebih lagi beliau mempunyai pengalaman dengan Chelsea, malah berjaya membawa Chelsea memenangi FA CUP pada 2009 meskipun hanya bersama Chelsea selama 4 bulan.

Pada 2002 selepas membimbing Korea Selatan pada Piala Dunia, Hiddink meneruskan kerjayanya bersama kelab PSV Eindhoven. Bersama PSV, dia berjaya memenangi pelbagai kejuaraan, antaranya juara liga sebanyak 3 kali. Kejayaan beliau bersama kelab PSV telah meletakkan beliau sebagai jurulatih kelahiran belanda yang paling berjaya dengan 6 kejuaraan liga, 4 Dutch Cup. Malah beliau berjaya melepasi rekod Rinus Michels.

Pun begitu, Van Gaal juga layak untuk merima pujian yang serupa. Dia adalah antara 3 orang jurulatih yang berjaya memenangi 2 Champions League dengan 2 kelab berbeza selepas Jose Mourinho dan Ernst Happel. Kejayaan paling cemerlang beliau adalah ketika bersama dengan Ajax. Pun begitu, selepas tewas pada final Champions League kepada Inter Milan yang ketika itu dibawah kendalian Jose Mourinho, beliau telah dipecat oleh Bayern Munich. What a sad ending for a good coach.

Another person yang paling penting bagi Chelsea adalah Ray Wilkins. Selepas beliau keluar daripada Chelsea, pasukan Chelsea mula terumbang ambing. But, now there's just no way he's gonna come back for Chelsea. Stupid decision from Abramovich actually.

Rock, and roll.

Aku tak tahu motif aku bercerita tentang Malaysia pada entri yang lepas. Mungkin sekadar melepaskan sisa-sisa perasaan yang tak terluah. Hidup aku sedikit fucked up sebenarnya. Well, this is what happen bila aku hidup tanpa tujuan. Cuti 4 bulan bukanlah lama sebenarnya. Tapi dengan sekadar terperap di rumah, mencari berita-berita untuk dilayan, porno-porno yang telah gagal memberikan aku kepuasan, akhirnya aku seperti mati sendirian.

Mungkin aku terlampau ego, keras kepala, membabi buta dan sebagainya, tapi aku yakin, kerja akan datang. Aku tak perlu begitu terburu-buru untuk menjadi kuli kepada cina, hamba kepada melayu, dan rakan sekerja kepada bangla dan india. Tak perlu. Masa masih banyak untuk dihabiskan. Dan cuti ini hanyalah satu lagi ruang untuk aku bersendirian dan merasakan betapa fucked up nya hidup tanpa tujuan. Persediaan mental bagi masa depan.

Dunia kian berubah. Menulis yang dahulunya memberikan aku kepuasan kini seperti Liverpool yang telah jauh menyimpang dari harapan. Aku tidak lagi mampu mencari nod-nod kegembiraan di dalam penulisan. Mungkin sekadar sementara. Siapa tahu.

Bercakap pula tentang keghairan selain penulisan adalah bola. Satu lagi arena basi yang aku tak rasa boleh bersinar musim ini. Kekalahan Chelsea kepada Manchester United dalam mempertahankan kejuaraan Liga EPL sebenarnya adalah satu kekalahan konkrit. Chelsea seharusnya menerima tamparan ini. Peminat Chelsea khususnya, yang kian butthurt dengan penyokong Man United yang kian hebat meyetankan orang lain. Well, they deserve that. Walaupun aku mempunyai 1001 alasan mengapa Man United bukanlah satu kelab yang boleh menghiburkan aku, tetapi mereka adalah Champion.

Namun berbeza dalam arena Champions League. Kekalahan Real Madrid kepada Barcelona membuktikan bahawa dunia bola sebenarnya sama kotor dengan politik. Kalau sanjungan patut diberikan kepada Manchester United kerana mereka mengatasi segalanya dengan baik, hembusan cacian patut diberikan kepada Barcelona. Barcelona menunjukkan dunia bahawa, mereka sebenarnya juga boleh menjadi loser. Walaupun dengan kehadiran Messi yang kononnya the greatest footballer, Barcelona masih memerlukan taktik kotor untuk menang. Kalau dalam dunia politik ada rasuah, dalam dunia bola ada lakonan. Don't give me a shit about Ronaldo yang selalu dive. Ronaldo dives, acts alone. But hey, he's still manage to score 40 goals. Way much better than Messi. But Barcelona dives as a team. That's a whole different stories. Ditambah pula dengan objektif Barcelona yang dive dengan tujuan yang lebih besar.

Tapi seperti ancaman iluminatus, freemason, yahudi dan sebagainya. Dunia masih lagi tersesat. Kabur dengan pandangan yang Barcelona kononnya membawa rentak bola yang sebenarnya. Barcelona team yang menyerang. Tak akan ubah corak perlawanan. Another bullshit. What makes football menarik bukanlah dengan agressif dan corak perlawanan yang membabi. Gelecek secantik mana, player bagus sehebat mana, tanpa tactical adalah ibarat kereta tanpa minyak. You can't work without it.

Teknologi makin berkembang, dunia makin pesat. Tapi there's a price to pay. Humanism, had lost their humanity.

Malaysiaku, Tercinta.

Hidup ni kadang-kadang kat atas. Kadang-kadang kat bawah. Jarang sekali kat tengah-tengah. Tapi lumrah hidup memang macam tu. Walhal kadang-kadang hidup tak ada masalah, terlampau enjoy pun boleh jadi masalah. Begitulah lumrahnya hidup kita wahai manusia sekalian.

Tapi yang sebenarnya, efek masalah kita ni bergantung juga pada fahaman, ideologi serta persepsi masyarakat kita sekeliling. Kalau kita ada masalah yang kecik-kecik, setakat libatkan diri kita seorang diri tak apa. Tapi kalau yang jenis besar sikit, boleh buat jiran nampak. Tu masalah besar.

Katalah kita mengandungkan anak orang. Kalau kita duduk dekat Amerika, Sweden, yang rata-rata penduduknya makan babi, masyarakat dieorang sedikit habukpun tak layan. Anak luar nikah. Biasa lah tu. Standard. Tapi, dekat negara kita yang penduduknya mempunyai alahan babi yang teruk sehinggakan ucapan babi itu sendiri dianggap seperti menyebut nama "voldemort" bagi peminat Harry Potter, benda macam ni tak boleh dibawa main-main.

Ya, dieorang tak main-main. Dalam satu masyarakat berkelompok, nak diceritakan betapa rapatnya ahli sekampung, bila lahir seorang bayi luar nikah, dalam masa satu minit satu kampung tahu. Benda ni akan jadi bising. Orang-orang hebat kampung sambil sibuk menguyah sireh akan mencaci-caci. Terikut perangai baratlah, mak bapak tak reti ajarlah, tak belajar agama dan sebagainya.

Begitulah seriusnya mereka-mereka ini terhadap gejala sosial di kampung mereka. Malu satu famili tuh. Walhal kalaulah famili tu duduk di negara pemakan babi, mesti tak malu. Selamber je. Tinggal perhitungan dengan tuhan. Tapi itu siapa layak bercerita?

Ni lah masalah kita. Kutuk orang tak belajar agama kononya. Pandai betullah dia tu gamaknye. Sejak bila islam suruh mengaibkan orang? Dosa mengaibkan orang tu macamana pulak? Yang tu dieorang tak layan dah. Mentaliti dah tersekat. Susah.

Tu kalau kita mengandungkan anak orang. Tak lagi kalau kita nak kawin. Mas kawin rendah lah, majlis tak grandlah. Semua tu pun nak dikutuk-kutuk. Walhal sejak bila Nabi suruh letak mas kawin tinggi-tinggi?

Satu lagi jenis yang duk menghendap. Kalau duduk berduaan dalam tempat terasing sikit dah dituduh zina. Ni pesen belajar agama tak tinggi ni. Suka berzina. Walhal sejak bila dalam Quran kata boleh tuduh orang berzina tanpa 4 orang saksi? Sejak bila Quran kata boleh menghendap-hendap orang? Sejak bila boleh fitnah orang?

Entahlah.

Gua kena paksa tulis cerita ni, jadi gua gomol je cerita mana gua boleh tulis.

Malaysiaku, tercinta.

riakk

dari riak wajah pakcik tadi, aku dapat agak dia agak lebai. 

setiap butir tasbih dikira dengan puji-pujian kepada tuhan. mulutnya terkumat-kumit menyebut kata-kata pujian kepada ilahi. entah apa yang disebutnya, dia lebih tahu. entah-entah menganjeng orang bisu.

pakcik tu berdiri depan pintu. tengok daripada gaya dia, bukan pesen datang lambat. aku datang masa khutbah dah start pon masih ada ruang kosong untuk duduk tapi pakcik masih berdiri. siap mengadap audiens lagi. semua jemaah kena tengok muka dia dulu kot lepas tu baru tok imam buleh mulakan solat jumaat.

lain kali pakcik jangan buat macam tu lagi ye. dah macam jin ifrit dah aku tengok. rasanya takda dalam hadis suruh berdiri menghalang orang di pintu masuk sambil bertasbih mengadap jemaah yang datang lambat masa khutbah sedang dibacakan oleh khatib. takda kan pakcik. takda kan.

luka

disebalik satu garisan luka dan parut, ada cerita yang menarik. luka dan parut lah bukti kekuatan seseorang.

aku ada luka. kemalangan dengan kereta. gadis-gadis pandu kereta stail tipikal.

celakak punya awek. macam mana kau buleh dapat lesen entah. entah-entah kau tunjuk lurah kat pegawai JPJ masa test kot.


kalau aku kena lanyak dengan lori itu hari dan jadi hantu, memang aku akan kacau hidup kau sampai kau kena lanyak dengan kapal minyak

Semoga.

Dah lama aku tak menulis. Tak, bukan menulis dengan hafalan dan persamaan dalam masa tiga jam itu. Maksud aku, menulis dengan sanubari seorang penulis.

Jiwa hilang. Hati curang. Sial kan?

Tapi tak apa. Aku bukan seorang sasterawan, penulisan, mahupun kaki tulis. Aku cuma seorang lelaki, bersama sebutir jasad, yang cuba untuk meniru gaya-gaya hip di internet. Ya. Blogging kononnya hip. Menulis dikatakan ranggi.

Jadi, aku cuba untuk masuk ke dunia ini, meniru serba serbi, dan berbohong mengatakan inilah diri aku sendiri. Aku, yakni bukan jiwa-jiwa rempit, bukan jiwa-jiwa sempit, mahupun jiwa-jiwa yang diapit.


Lalu, saban hari, ketika jiwa itu ditahap tertinggi, perlahan-lahan ia mula mengurang, mengurang dan mengurang. Tiada katalis barangkali.

Semoga, satu hari, perasaan itu akan datang, jiwa itu akan menyerap, dan aku boleh kembali gagah menulis.

Semoga.

gaya bahasa

sesetengah penulis suka memelayukan perkataan inggeris kononnya kedengaran lebih intelektual.

contohnya perkataan condition. dimelayukan menjadi kondisi. sungguh jijik bukan. kedengaran sungguh indonesia.

tak tahu perkataan yang sesuai dalam bahasa melayu lattew.

nanti nak tukar perkataan caption jadi kepsi. mana lah tahu nanti ada orang nak belanja kepsi dinner plate

Why Old Books Smell Good


 Lignin, the stuff that prevents all trees from adopting the weeping habit, is a polymer made up of units that are closely related to vanillin. When made into paper and stored for years, it breaks down and smells good. Which is how divine providence has arranged for secondhand bookstores to smell like good quality vanilla absolute, subliminally stoking a hunger for knowledge in all of us.
—From Luca Turin and Tania Sanchez’s Perfumes: the guide




source : sini

Berliberal.

.
Dalam kerakusan diri aku membentuk masa depan, sedikit demi sedikit aku mula berubah. Daripada aku, menjadi sesuatu.  Aku  dahulunya hidup dengan cara sederhana, tipikal, dan sering bergelumang dengan ideologi sendiri.  Tapi sekarang lain. Aku sedikit ke arah liberal. Aku sukakan kebebasan pemikiran. Ideologi yang berteraskan rasional tetapi berunsurkan kebebasan. Di mana hak-hak kita sebagai manusia untuk berfikir sendiri digunapakai. Tapi sebenarnya liberal kadang dilabel sebagai sesat, menyimpang dan sebagainya. Jadi, aku celaru. Dalam dunia yang penuh korup dan hancur ini, kenapa tidak boleh dipersoalkan tindakan kita? Dunia korup bukan kerana salah Tuhan. Angkara manusia. Cara hidup manusia. Jadi kenapa liberal sering dilabel dengan negatif?

Entah, kadang-kadang aku lebih suka biarkan persoalan ini datang dan ghaib. Sekadar melintas di benak sudah cukup untuk aku sedar, kita semua paranoid.

Kita lebih suka untuk mengatakan itu ini, sedangkan kita sekadar mengutip kata-kata orang. Kita sebenarnya hamba yang malas. Tuhan memberi kita akal, keupayaan berfikir. Tapi kita lebih suka untuk bergelumang dengan pemikiran orang. Bercumbu dengan ideologi orang lain tanpa menggunakan akal sendiri. Lantas kita memilih ideologi orang-orang hebat, dan kadang-kadang orang tak hebat, tetapi mempunyai pangkat yang kebal. Ustaz, Imam contohnya.

Tak usah diperdebat, komuniti kita semuanya sering menelan kata ustaz sebulat-bulatnya. Diangkat, disanjung seperti Nabi. Sebaris ustaz berkata, seperenggan diulasnya.  Jika kita sedar, beranilah kita untuk berdiri, menegakkan idea yang kita fikir betul. Malangnya bertentangan dengan Ustaz, Imam. Belum sempat berkata lagi, nah, di lokap tidurnya.

Sedangkan Qur’an itu sendiri menyuruh kita mendengar pandangan orang terlebih dahulu, dan ambil yang terbaik. Tapi disebabkan dia Ustaz, dia Imam, tak apa. Ketepikan Qur’an. Minum pemikirannya dahulu. Itu lebih betul. Idea-idea baru ditolak tepi. Belum diteliti sudah dilabel sesat. Belum diperdebat sudah dikata menyimpang. Berbekalkan ideologi, Ustaz dan Imam itu kebal, idea lama itu betul. Dunia ini sudah makmur agaknya.

Meminjam kata-kata Jose Mourinho,
“Sometime it is a disgust to live in this world, but this is the world that we lived in. ”


.