Malaysiaku, Tercinta.

Hidup ni kadang-kadang kat atas. Kadang-kadang kat bawah. Jarang sekali kat tengah-tengah. Tapi lumrah hidup memang macam tu. Walhal kadang-kadang hidup tak ada masalah, terlampau enjoy pun boleh jadi masalah. Begitulah lumrahnya hidup kita wahai manusia sekalian.

Tapi yang sebenarnya, efek masalah kita ni bergantung juga pada fahaman, ideologi serta persepsi masyarakat kita sekeliling. Kalau kita ada masalah yang kecik-kecik, setakat libatkan diri kita seorang diri tak apa. Tapi kalau yang jenis besar sikit, boleh buat jiran nampak. Tu masalah besar.

Katalah kita mengandungkan anak orang. Kalau kita duduk dekat Amerika, Sweden, yang rata-rata penduduknya makan babi, masyarakat dieorang sedikit habukpun tak layan. Anak luar nikah. Biasa lah tu. Standard. Tapi, dekat negara kita yang penduduknya mempunyai alahan babi yang teruk sehinggakan ucapan babi itu sendiri dianggap seperti menyebut nama "voldemort" bagi peminat Harry Potter, benda macam ni tak boleh dibawa main-main.

Ya, dieorang tak main-main. Dalam satu masyarakat berkelompok, nak diceritakan betapa rapatnya ahli sekampung, bila lahir seorang bayi luar nikah, dalam masa satu minit satu kampung tahu. Benda ni akan jadi bising. Orang-orang hebat kampung sambil sibuk menguyah sireh akan mencaci-caci. Terikut perangai baratlah, mak bapak tak reti ajarlah, tak belajar agama dan sebagainya.

Begitulah seriusnya mereka-mereka ini terhadap gejala sosial di kampung mereka. Malu satu famili tuh. Walhal kalaulah famili tu duduk di negara pemakan babi, mesti tak malu. Selamber je. Tinggal perhitungan dengan tuhan. Tapi itu siapa layak bercerita?

Ni lah masalah kita. Kutuk orang tak belajar agama kononya. Pandai betullah dia tu gamaknye. Sejak bila islam suruh mengaibkan orang? Dosa mengaibkan orang tu macamana pulak? Yang tu dieorang tak layan dah. Mentaliti dah tersekat. Susah.

Tu kalau kita mengandungkan anak orang. Tak lagi kalau kita nak kawin. Mas kawin rendah lah, majlis tak grandlah. Semua tu pun nak dikutuk-kutuk. Walhal sejak bila Nabi suruh letak mas kawin tinggi-tinggi?

Satu lagi jenis yang duk menghendap. Kalau duduk berduaan dalam tempat terasing sikit dah dituduh zina. Ni pesen belajar agama tak tinggi ni. Suka berzina. Walhal sejak bila dalam Quran kata boleh tuduh orang berzina tanpa 4 orang saksi? Sejak bila Quran kata boleh menghendap-hendap orang? Sejak bila boleh fitnah orang?

Entahlah.

Gua kena paksa tulis cerita ni, jadi gua gomol je cerita mana gua boleh tulis.

Malaysiaku, tercinta.

2 comments:

RastaMat said...

ok la tu..
malaysia kan peramah orangnya..

koroe said...

hari tu cakap kat aii, sekarang tengok sapa yang tulis benda pesen nasihat kat sini. hahha