Berliberal.

.
Dalam kerakusan diri aku membentuk masa depan, sedikit demi sedikit aku mula berubah. Daripada aku, menjadi sesuatu.  Aku  dahulunya hidup dengan cara sederhana, tipikal, dan sering bergelumang dengan ideologi sendiri.  Tapi sekarang lain. Aku sedikit ke arah liberal. Aku sukakan kebebasan pemikiran. Ideologi yang berteraskan rasional tetapi berunsurkan kebebasan. Di mana hak-hak kita sebagai manusia untuk berfikir sendiri digunapakai. Tapi sebenarnya liberal kadang dilabel sebagai sesat, menyimpang dan sebagainya. Jadi, aku celaru. Dalam dunia yang penuh korup dan hancur ini, kenapa tidak boleh dipersoalkan tindakan kita? Dunia korup bukan kerana salah Tuhan. Angkara manusia. Cara hidup manusia. Jadi kenapa liberal sering dilabel dengan negatif?

Entah, kadang-kadang aku lebih suka biarkan persoalan ini datang dan ghaib. Sekadar melintas di benak sudah cukup untuk aku sedar, kita semua paranoid.

Kita lebih suka untuk mengatakan itu ini, sedangkan kita sekadar mengutip kata-kata orang. Kita sebenarnya hamba yang malas. Tuhan memberi kita akal, keupayaan berfikir. Tapi kita lebih suka untuk bergelumang dengan pemikiran orang. Bercumbu dengan ideologi orang lain tanpa menggunakan akal sendiri. Lantas kita memilih ideologi orang-orang hebat, dan kadang-kadang orang tak hebat, tetapi mempunyai pangkat yang kebal. Ustaz, Imam contohnya.

Tak usah diperdebat, komuniti kita semuanya sering menelan kata ustaz sebulat-bulatnya. Diangkat, disanjung seperti Nabi. Sebaris ustaz berkata, seperenggan diulasnya.  Jika kita sedar, beranilah kita untuk berdiri, menegakkan idea yang kita fikir betul. Malangnya bertentangan dengan Ustaz, Imam. Belum sempat berkata lagi, nah, di lokap tidurnya.

Sedangkan Qur’an itu sendiri menyuruh kita mendengar pandangan orang terlebih dahulu, dan ambil yang terbaik. Tapi disebabkan dia Ustaz, dia Imam, tak apa. Ketepikan Qur’an. Minum pemikirannya dahulu. Itu lebih betul. Idea-idea baru ditolak tepi. Belum diteliti sudah dilabel sesat. Belum diperdebat sudah dikata menyimpang. Berbekalkan ideologi, Ustaz dan Imam itu kebal, idea lama itu betul. Dunia ini sudah makmur agaknya.

Meminjam kata-kata Jose Mourinho,
“Sometime it is a disgust to live in this world, but this is the world that we lived in. ”


.

1 comment:

koroe said...

ustaz ada dua jenis.

ada jenis orang dan ada jenis anjing.


saya suka bila yang jenis anjing memberi fatwa.


boleh dijadikan modal perbualan hingga keluar fatwa baru.





.