kerongsang part 1

hujan rintik rintik
keindahan sang suria menunjukkan 17:59. awan mula mendung tanpa sinaran bulan dan bintang. burung burung bertenggek pada dahan rapuh mulai rebah ke katil dalam sarang untuk bermanja dengan pasangan masing masing. ada juga yang menonton filem burung dewasa kerana kesunyian, yakni tiada pasangan dek kerana mati eksiden dirembat pesawat boeing 307.

seorang lelaki pramatang berusia 14 tahun melompat keceriaan apabila dia menang moto dalam pertandingan kikis tin pawerut. disebelah lelaki tersebut, berdiri seorang gadis yang comel dengan rambut lurus bak sutera. gadis berskirt putih itu berlalu pergi tanpa lelaki tersebut perasan. walaupun lelaki tersebut tiada langsung kena mengena dengan si gadis, namun gadis comel itu tetap nampak seksi dan rambutnya tetap bersinar.

gadis comel itu berjalan dengan stail supermario dari game warner bros. dia melalui jalan jalan yang sunyi. sampai satu detik, dia melepasi garisan kuning yang digaris pada permukaan jalan. dia mendongak setinggi langit dan lensa matanya tertarik dengan papan aluminium yang bertulis padanya " pasar super ". sebuah kedai memborong kenderaan mewah.

satu bayangan tubuh tinggi lampai dan berkaki panjang dihadapan gadis tersebut. dia mendongak dan kelihatan seorang wanita yang pesen elegan. wanita elegan persis hanif safika itu melemparkan senyuman menampakkan gigi arnab. comel. kasut tumit tinggi 4' yang dipakai wanita elegan tersebut membuatkan gadis tersebut melopong dan air sirap strawberri separa beku dalam kon aiskrem yang dipegangnya dijilat dengan penuh nafsu.

wanita yang elegan tadi berlalu pergi meninggalkan si gadis yang sedang orgasm dengan sirap itu dengan pandangan yang menggoda. wanita elegan tadi terus berjalan diatas eskalator yang bergerak bertentangan dengan arah perjalanan wanita itu. tanpa sebatang pun kilat memanah helang helang dilangit, tanpa aroma nasi minyak gam, wanita elegan tersebut berasa terancam dengan kelibat seorang lelaki yang berbaju hujan tanpa seluar bersimpuh dengan kurang sopan tidak jauh dihadapannya.

wanita tersebut bertambah kadar degupan jantungnya apabila lelaki tadi bangun dan menghampirinya. wanita itu takut dan tidak tahu apa yang perlu dia buat. lelaki tadi membuat gaya seperti mahu membuka baju dihadapannya. wanita itu panik lalu dalam mindanya hanya ada ion positif dan hanya berserah kepada apa yang lelaki itu ingin lakukan padanya.

lelaki tadi makin dekat dan menanggalkan pakaian kalis air nya itu. wanita tadi menutup mata dan hanya mendiamkan diri sambil mengigit bibirnya sendiri. baginya, tiada maknanya menjerit kerana tiada orang lalu lalang disitu.

wanita tadi tiba tiba berasa seperti ada orang memeluknya dan dia langsung tidak membuka mata kerana takut.

" cik tak apa apa kah ? kenapa berdiri seorang diri ditengah hujan begini ?", ujar lelaki tersebut selepas membalut tubuh wanita tadi dengan baju hujannya. lelaki itu dibasahi rintik hujan yang turun dari langit.

wanita tersebut yang dari tadi asyik terpegun dengan kekacakan lelaki tadi, tidak menyedari titisan hujan yang sudah beberapa minit mencurah curah ke lantai bumi. wanita tadi tersenyum dan jatuh hati dengan lelaki kacak tersebut.

mereka bercinta dan berkahwin selepas seminggu berkenalan.






cerita ni ada sambungan. cerita lepas kawen.

1 comment:

- elina - said...

-mereka bercinta dan berkahwin selepas seminggu berkenalan.-

cantek !

moga lepas kawen nnt lagi cantekk .