Cerita Pagi

Saya tidak punyai banyak masa untuk bercerita dan membaca cerita. Saya sekarang ini sedang bertarung dengan perkara-perkara yang kononnya bakal menjadikan saya seorang jurutera. Lantas, membuatkan hidup saya semakin tersempit dan kekurangan hiburan.

Jadi, saya belum habis baca entri koroe dibawah. Harap, koroe tidak menjadi superhuman kerana perkara ini. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Saya tidak punyai apa untuk berkongsi. Tiada cerita, tiada fantasi, tiada fakta dan tiada cacian. Cuma, saya ingin meluangkan sedikit masa saya untuk menulis, biar ada orang tahu, yang saya masih hidup. Bahawa saya, masih ada sisa-sisa nafas untuk bernafas. 

Saat saya menulis entri ini, jam diding menunjukkan pukul 6.30 pagi. Ya. Pagi. Subuh pun belum sembahyang lagi.

Saat ini saya terfikir, kalaulah saya, yang terjaga sejak pukul 3 tadi, dapat tidur dan berfantasi di alam mimpi, selama 3 jam setengah (dari 3 - sampai 6.30), agak-agak berapa episod mimpi saya dapat lalui?

See. Kan saya dah kata saya tiada apa untuk dikongsi.

4 comments:

Bidadari said...

haha. memang xde pape.

YOUsoF said...

layan..

± said...

sekurang-kurangnya entry ini melegakan hati mereka yg selalu ikut blog nih. bukan kau saja, rata2 manusia semakin tak cukup tido..haha

Peguam Bisaya said...

x cukop tido menatap tugasan yang xkan pernah habis cerita. cerita menyembah DIA smpai x cukop tido belum kita mulakan lagi...nice entry.