Alim Budak Darjah 5

Angin yang sepoi-sepoi datang dan membuatkan helaian daun kering berguguran jatuh dah melayang ke permukaan tasik. Dentuman-dentuman guruh membuatkan para manusia yang bertaburan untuk kesekian lamanya di situ mula berganjak. Mereka mula mencari tempat untuk berteduh dari titisan-titisan air yang akan membuatkan mereka kesejukan sampai ke tulang. Mereka sedar, masa untuk berhibur telah tamat. Masa untuk mereka melayani perasaan dan terbuai-buai dalam syurga bumi telah tamat. Mereka, perlu segera bersedia dan melarikan diri dari fenomena bumi. 

Di suatu sudut, seorang budak masih kekal disitu. Dia hanya bermundar mandir. Tidak pula mencuba untuk berlari ke arah kenderaan seperti manusia yang lain. Dia, sekadar berjalan tanpa sebarang tujuan.
Namanya, Alim. Alim, budak darjah 5. Alim, sebenarnya tiada rumah. Apatah lagi kenderaan. Sepanjang dia hidup, kenderaan baginya adalah kakinya. Kaki, kurniaan tuhan.Itulah kenderaan yang telah membawanya kemana-mana dia ingin pergi, setakat yang termampu. Itulah kenderaan kesayangannya selepas kereta mini milik ayahnya, dahulu. Alim, sekarang sebatang kara. Ibunya pelacur. Ayahnya meninggal muda. Dia, ditinggalkan begitu sahaja.

Ayahnya mati kemalangan. Remuk, hancur berkecai kereta mini milik ayahnya. Alim menangis 5 hari berturut-turut. Selepas kemalangan itu, ibunya melacur untuk menyara hidup. Tapi, Alim tidak setuju. Alim tidak sanggup untuk melihat ibunya rakus diperkosa lelaki metropolitan. Dia tidak sangup mendengar ibunya merengek kegelian. Dia benci. Ini satu penghinaan kepada ayahnya. Lantas dia menentang ibunya. Tapi, ibunya tetap berkeras, dan akhirnya ibunya menghalau Alim. Lalu keluarlah Alim melihat dunia. Tanpa Alim sedar, dunia itu lagi jahanam sebenarnya. Dunia itu, lagi rakus sebenarnya. Dan dunia itu, lagi kotor dari rupanya.

Saban hari Alim terfikirkan nasibnya. Dia pernah teringat kata-kata ustaz, syurga dibawah tapak kaki ibu. Tapi, bagaimana jika ibu adalah pelacur, pelayan syaitan? Bagaimana mungkin syurga dibawah tapak kaki syaitan? Alim terpaksa biarkan sahaja pertanyaan itu mengisi benaknya.

Sejak daripada hari itu, Alim mulai belajar tentang dunia. Dia mula melihat, bahawa manusia hanya hidup untuk berhibur. Manusia, hanya hidup untuk diri sendiri. Bila Alim cuba untuk meminta sesuap nasi, Alim ditolak. Alim dicaci. Alim dihina. Alim tertanya, apa salahnya? Dia dilahirkan sempurna. Belum sempat dia membalas jasa orang tua, ayahnya meninggal dunia. Belum sempat dia berbakti kepada ibunya, dia dihalau kerana kononnya menghina.

Tapi Alim tak salahkan semua manusia. Tak salah kerana tak memberi sesuap nasi. Kerana Alim tahu, ada manusia yang lagi sempurna, tapi berlagak cacat untuk meminta derma. Ini sebabnya, Alim terpaksa dihina.

 Siapa mahu dengar cerita Alim? Alim ingin bercerita. Dia bukan sengaja ingin meminta simpati. Tapi, dia masih kecil, masih terlalu muda untuk mengerti. Dia, perlukan sebuah kasih sayang yang hakiki. Dia ingin membesar dan banggakan nama ayahnya, yang terkorban, kerananya... 

Ya, Alim mengamuk dan ganggu ayahnya ketika dalam kereta. Kerana itu, ayahnya meninggal dunia. Dan kerana itu, hidupnya sekarang gundah gulana.

1 comment:

- elina - said...

tolong bgtau Alim ,

Allah itu Maha adil .