Asmara Pantai

.

Dalam kegelapan malam itu, aku keluar seorang diri bagi mencari secebis kebebasan. Aku tiada hala tujuan sebenarnya. Sekadar melarikan diri dari kelompok manusia dirumah aku. Mencari sedikit kebebasan, untuk hanyut dalam dunia sendiri.

Aku singgah ke pantai. Pantai mendamaikan. Pantai tak pernah mendukacitakan aku. Bila aku di pantai, jiwa aku melayang-layang. Seolah-olah aku berada di sebuah tempat tanpa sebarang masalah. Keindahan pantai buat jiwa aku terpesona. Kalau pantai adalah seorang perempuan, nescaya awal-awal lagi sudah aku cuba untuk lamar. 

Suasana malam di pantai sentiasa hidup. Sentiasa ada jiwa-jiwa manusia yang cuba untuk mengadu nasib di tepi pantai. Seperti aku. Tidak kurang juga jiwa-jiwa yang cuba untuk berasmara. Cuba untuk menghayati cinta. Cinta. Ah. Satu idea yang sangat asing dengan aku.

Entah kenapa, aku tidak pernah berjaya dalam cinta. Mungkin, jodoh aku belum sampai dari syurga. Jadi aku terpaksa tunggu hari demi hari dengan sabar dan tabah. Tapi aku tahu, berfikir sedemikian adalah perkara yang paling bodoh boleh difikirkan oleh umat manusia.

Ah, biarlah. Aku mahu lupakan itu. Aku ke pantai untuk bercinta dengan kedamaian. Untuk berasmara dengan kesunyian dan bermanja dengan diri sendiri. Aku duduk di sebuah bangku yang kosong. Kesejukan angin pantai mula menerjah ke dalam sanubari aku. Aku pasang lagu Scorpion pada mp3, dan menghayati sedalam-dalamnya. Saat ini, seolah-olah scorpion satu-satunya yang memahami jiwa aku. Seolah-olah jiwa kami serupa, takdir kami sama.

Tiba-tiba ada suara menyapa aku dari tepi.

"Err awak, sebelah ni kosong tak..? "

Aku berpaling. Darah berderau.

Seorang gadis, 20-an, berambut ikal, bermata coklat dan berbibir manis rupanya sedang berdiri di tepi aku. Seri wajahnya ibarat Lisa Surihani! Dia adalah jiwa yang boleh membunuh aku dengan satu senyuman,

"Takde,takde. Silalah...." Aku membalas dengan penuh gentleman.

.
.
.
.

Ah. Mungkin inilah nikmat pantai malam......


.

2 comments:

husna nabila said...

wow.. jiwang.. heheheh

- koroe - said...

tak guna !

lu tunggu gua tulis nanti !