asmara


 ( aku nak lawan entri cik hipus kat bawah )


skrin laptop ditenung dengan penuh fokes. tetikus tanpa wayar digerak gerakkan dan bunyi klik memenuhi ruangan meja kecil dihadapan katil kecil. tanpa mengambil tahu apa yang terjadi di sekeliling, dia terus fokes membaca aplikasi zodiak di facebook.

ramalan nasib untuk zodiak scorpio mengatakan dia akan bertemu jodoh di McD. sebagai seorang pelajar universiti swasta, adalah perkara normal bila dia mudah terpengaruh dengan agenda barat. selepas melihat dan membaca dengan hati terbuka, dia sejak hari itu sering dilihat berseorangan di McD. termenung di meja makan dengan kentang goreng yang sedap.

selepas 3 hari menunggu, tiada kelibat jodohnya yang kononnya dari langit itu. dia memang tak mengenal erti putus asa, terus menunggu dan menunggu.


satu hari, dia sedang menanti, dia lihat seorang wanita yang membuatkan pandangan matanya sukar dialihkan daripada wanita itu. wanita itu berdiri dan memandang sekelilling. kemudian, wanita tersebut berjalan kearahnya dan jantungnya berdegup laju.

wanita tadi membawa talam McD dan meletakkan talam McD yang berisi kentang dan beberapa biji BigMac. talam McD tadi diletak atas meja. wanita tadi merenung mata nya. 

"kerusi ni ada orang tak ?" si wanita bertanya dengan penuh keayuan.

dia yang cuba cover macho menjawab dengan penuh style gentleman " takde orang cik. sila lah duduk. "

" ohh. terima kasih. " wanita tadi menjawab dengan senyuman manis dibibir. 

wanita tadi lantas memegang 2 kerusi dihadapannya lalu mengalihkan kerusi itu ke belakang.

wanita tadi kembali dan mengambil talamnya. senyuman dilemparkan lagi sebelum beredar ke belakang. kemudian datang ramai kawan si wanita tadi. rupanya wanita tadi mengambil kerusi untuk kawan kawannya dan duduk di meja belakang.

dia, si lelaki tadi seperti dihempap batu piramid. terkedu.


3 comments:

Hyspheus said...

Babi. Tak reti kreatif sikit ke. Kah3x.

- koroe - said...

babi jugak !

gua belum reti sepenuhnya lagi.

nanti gua dah master bahase melayu kuno, habes la blog ni gua tempek.

- elina - said...

gambar tu !

gambar tu !

gambar tu !

wallpaper phone gua !

napa curik ha ?

haha .


-bagi entry jiwang skit abang koroe .
hihi