Negara Islam Model 2

Kadang-kadang dengan fantasi kita boleh menghiburkan minda kita dengan perkara-perkara yang kita sering lalui seharian. Semalam aku fikir sudah sampai masa untuk aku cuba berfantasi dan bercerita di blog ni. Tapi, nampaknya sedikit demi sedikit, adrenalin mula menaik. Terpanas dan dipanaskan. Aku terpaksa cerita isu ni. Kalau tak cerita, terasa seperti ada kerja yang tak disiapkan. Jadi tak perlulah metafora segala. Kita mood sirius sebentar ya!

Pagi tadi selepas masuk kelas, aku macam biasa akan mula melakukan aktiviti sihat orang-orang kaya iaitu membaca surat khabar. Tetapi memandangkan agak kurang sivik untuk membentangkan surat khabar dan membacanya di depan lecturer, jadi aku hanya baca menggunakan handphone.

Dan satu tajuk segera menarik perhatian aku sekuat-kuatnya.
Tajuk:  10 Juta bangunkan DUN Kerbau

Ok. Manusia yang sihat akal fikirannya tak perlu berfikir panjang mahupun melakukan sebarang analisis dengan mencari isi tersirat mahupun tersurat. Siapa-siapa yang waras akan segera menangkap idea bahawa motif utamanya adalah pancing undi.

Jadi tak perlulah Najib nak bermetafora hiperbola kejadah segala tu semata-mata untuk mengaburi mata penduduk. Aku bukan nak pilih sebelah pembangkang mahupun kerajaan. Cuma, hati aku tak sedap bila rakyat kian diperbodohkan oleh pemimpin yang kononnya bakal meneraju bangsa ke arah yang lebih maju.

 "Lampu jalan, rumah kos rendah dan ini semua saya tidak mahu cakap lagi, nanti akan ada orang kata saya hendak membeli undi pula. Sebelum ini, saya pernah berjanji saya akan menjadi Perdana Menteri untuk semua kaum dan inilah buktinya," katanya."

Kejadah haram apakah ini? Berjanji untuk semua kaum, dan inilah buktinya? Ok. Kalau betullah dah memang menifesto untuk beri kepada semua kaum, kenapa nak tunggu adun meninggal dulu baru nak beri? Kenapa nak tunggu ada pilihanraya dan semua mata duk tertumpu kepada kawasan tu je baru nak beri semua ni? Kenapa? Tak boleh beri terus lepas menang? Tak ada masa? Sekarang ada masa pulak.

Kalau kita rewind sikit kebelakang. Tengok pada pilihanraya galas, benda sama juga terjadi. Tapi yang ini lagi unik. Dua-dua pihak sibuk beli pengundi. Tapi uniknya, pihak suratkhabar akan ambil gambar pihak pembangkang beli undi dan putar belit supaya nampak pembangkang terdesak beli pengundi. Mahu tak terdesaknya, dah kerajaan sibuk bagi tu bagi ni. Ideanya sama, beli pengundi juga. Tapi suratkhabar yang rata-ratanya dimonopoli oleh kerajaan, akan putar belit supaya nampak benda yang kerajaan buat ni bagus, ikhlas.

Ni semua benda yang aku rasa tak sepatutnya berlaku di Malaysia yang kononya negara Islam contoh. Kalau nak pancing pengundi pun, tak perlu duit semua. Tak boleh ke pancing menggunakan cara lain. Gaji ribu-ribu, pangkat berjela-jela, benda kreatif sikit pun tak boleh nak fikir? Kalau semua boleh guna duit, then you don't even need a democracy. What you need is money. And that'll lead to dictatorship.

1 comment:

- elina - said...

gua sokong .

media tak boleh pecaya .

bnyk bnda dputar belit .

kerajaan pgg sgala .

yg betul pun jadi salah