surat cinta

kipas statik tanpa pusingan membuatkan bilik berdinding hijau daun kelihatan suram. katil baru yang masih ada bau kots memos terlantar diatasnya tilam empuk dengan cadar pink. tak lupa juga gamba spongebob dan patrik pada cadar pink tersebut.

meja bersaiz sederhana disudut bilik menambahkan lagi perasaan kurius pembaca. permukaan meja dibalut dengan kertas pasir merah bernombor 18. kertas pasir agak kasar untuk mengelakkan objek silinder seperti botol air, terguling jatuh ke lantai. merah. pembaca mula tertanya tanya, kenapa merah ?

seorang gadis berbaju putih lusuh dan jarang hingga tak nampak tali bra termenung sambil duduk diatas kerusi bertayar dan buleh mengeluarkan bunyi seram jika bergoyang. gadis tersebut tidak memakai bra. memandangkan malam telah lama menjelma, si gadis hanya menunggu matanya layu. si gadis memegang sehelai kertas putih yang bertulis. panjang tulisannya. seperti surat cinta. si gadis membaca surat tersebut dengan suara hati.

matanya mula berkaca. hatinya gundah gulana. jantungnya berdegup laju. kertas putih digenggam dengan kuat dan mula ronyok. semakin lama dia membaca, makin banyak air yang bergenang dimatanya. sampai satu tahap, air dimatanya terlalu banyak lalu melimpah ke pipinya. dia mengesat air dipipi gebunya, namun, air matanya seperti sungai. tetap mengalir kebawah.

gadis berpipi merah dan gebu itu sudah tidak tahan dengan isi kandungan surat ditangannya. dia sedih. dia tak dapat menerima takdir yang menimpa dirinya. dia lemah. dia gumpalkan kertas putih tersebut dan berharap agar isi surat tersebut tidak wujud. 

dengan harapan dia akan dapat membuang memori dari surat itu, dia buangkan saja gumpalan kertas kedalam tong sampah kecil di bucu bilik. dibalingnya gumpalan kertas tersebut kearah tong sampah, namun oleh sebab dia bukan pemain snuker yang cekap, kertas tersebut tidak masuk kedalam tong. ia seperti dia tidak dapat membuang isi surat itu begitu sahaja. 

si gadis bangun dari kerusi dan berjalan seperti orang yang telah hilang harapan. dia kutip semula gumpalan kertas tadi dan berdiri di hadapan tong tersebut. dia lemparkan gumpalan kertas tadi kearah tong. gumpalan kertas yang degil tersebut terkena tong sampah dan reflek ke luar. sekali lagi. tidak masuk.

gadis comel tersebut bermonolog dalam hatinya.

.
.

FFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFF

11 comments:

Bidadari said...

hahaha. koroe koroe. ni ade sambungan tak ni?

- koroe - said...

sori laa cik ann.

cite ni memang takde sambungan. kalau nanti ada idea lagi, koroe tulis cerita lain k. hehe

M. Faiz Syahmi said...

buat apa buang dalam tong sampah. nanti bila hati mula cair rindukan penulis surat., akan dibaca semula. baik bakar saja isi kandungan membakar amarah itu.

:)

- koroe - said...

hati manusia kan selalu berubah. hehe. mane la tahu kan. nanti dia rasa tak sanggup nak berpisah. dia kaji semula surat tu untuk berubah kearah yang lebih baik. hehe

M.I.H said...

hye there...

nice blog and aku suka baca sbb kena dengan jiwa aku cara penulisan ni..

:)

- koroe - said...

awwww..
so sweet. terima kasih.

aku akan salu tulis kat blog ni untuk gembirakan hati orang lain.

:)

- elina - said...

FFFFFFFFFFFFFFFFF

apa isi surat tu ?

apa yg buat dia nanges ?

- koroe - said...

biar lah isi surat tersebut menjadi rahsia penulis dan si gadis !

- koroe - said...

biar lah isi surat tersebut menjadi rahsia penulis dan si gadis !

Razman said...

aku berminat nak tahu lebih lanjut pasal baju jarang tanpa bra. sila buat satu entri khas untuk itu.

- koroe - said...

razman. aku rasa kalau aku tulis pasal tu, habes lah reputasi baik aku selama ni. haha