Malaysia Negara Islam Model

Persidangan Pergerakan Sedunia Untuk Keadilan, Keamanan dan Kemuliaan Insan anjuran bersama Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia, International Movement for a Just World (Just) dan Universiti Bahceschir, Istanbul mengeluarkan kesimpulan bahawa Turki dan Malaysia adalah model negara Islam contoh.

Sebagai seorang penduduk Malaysia, aku sebenarnya tak faham dari celah mana kesimpulan itu dibuat. Malaysia menghala ke arah kemajuan, betul. Tapi Malaysia masih lagi jauh daripada menjadi sebuah negara Islam model. Malah, bukan Malaysia sahaja, tapi seluruh negara Islam masih lagi jauh daripada menjadi sebuah negara Islam model, seperti Madinah dahulunya.

Aku bukanlah dari golongan tabligh. Jauh sekali dari golongan yang belajar kitab hikam. Jadi, seperti mindset orang melayu kebanyakan, aku tidak layak sedikit habuk pun untuk bercakap mengenai Islam. Aku adalah orang-orang jahil, yang melakukan dosa saban hari. Tapi, aku ingin bercerita juga, satu pendapat aku. Tak banyak, cuma satu.

Kalau benarlah Malaysia ni negara Islam model. Kalau betullah Malaysia adalah negara Islam...
 
Kenapa orang Malaysia [ratanya Melayu] sangat tidak peka dan prihatin dalam bab kebersihan? Dari isu membuang sampah merata-rata sampailah kepada tandas awam. Tengok pulak berapa kerat individu yang masuk tandas, tapi keluar tak basuh tangan. Itu baru soal individu, belum masuk bab sungai yang tercemar, keracunan makanan. Cara makanan disediakan di warung dan pasar malam. Tabiat makan duduk di tepi jalan, berdekatan longkang.

Padahal, Islam itu sendiri menitikberatkan soal kebersihan.

Hah, Najib, jawab! Jawab!

6 comments:

ghost said...

hello bro..ko baru bercakap soal kebersihan.kecik sangat skop ko bagi tuh..besarkan sikit...sikit jer jangan banyak...

common yar,malaysia model islam pada pandangan ahlinya yang mau terus tegak sebagai sebuah parti(tolak tepi dulu soal politik,sebab sedikit sebanyak masuk ke arena tuh jugak.hampeh!)supaya dikaburi mata setengah dari kita bahwa kemajuan dan pengiktirafan itu sudah diperolehi sebelum ada parti lain yang cuba mendirikan malaysia pada islam yang sebenarnya...enough!

dari segi berpakaian,perniagaan,sikap mentaliti rakyat malaysia sama sahaja tiada yang berubah..yang islam itu pada namanya..aku pun soal agama ke parit gak,tapi sebab aku nak cakap gak sebagai rakyat yg merasakan kita belum layak aku cakap jer lar...Turki pun sama jugak..yang mengamalkan islam lebih terarah pada orang-orang tua..tak caya check masjid2 Turki..lambang sahaja yang dipertontonkan bercirikan islamik..yg lain kantoi..

Bidadari Syurga said...

bukan bidang. sekadar isi komen. tapi... tang kebersihan tu kalau nak tahu ada satu lagi bangsa lagi teruk... tapi... kitakan satu malaysia... buruk selalunya tuan rumah aja. melayu..

Bidadari said...

najib tak jawab pong :(



aku anti orang buang sampah kat jalan raya!

M. Faiz Syahmi said...

aku baru nak cakap pasal skop yg kecik nih., tetiba ophan dah potong dulu. >.<" ssttttt......

malaysia ni dari dulu lagi dok kata dia negara islam contoh. tapi dok kat tampuk tu jugak. orang baru nak naik sikit., ulamak baru nak naik sikit., dikata sesat. padahal zaman tu lah islam makin naik tinggi melebihi zaman sekarang. semak kisah memali.

kalau nak sebut pasal islam ni., banyak cabangnya. itu baru bab islam. belum lagi bab iman., tauhid., fekah dan sebagainya. sebab apa aku kata banyak cabang.? sebab skarang ni islam macam-macam. kau boleh tengok islam politik., islam syiah., islam wahabi... tu baru tiga. banyak lagi cabangnya.

macam ni nak kata negara islam contoh.?

jauh lagi rasanya.

Abu Idris said...

1924 M - 2011 M, Malapetaka 87 Tahun Keruntuhan Khilafah

Negara Islam adalah Daulah Khilafah yang dipimpin oleh seorang Khalifah telah runtuh pada tahun 1924.

Lihatlah Blog Ar Rayah World News
http://ibnuyassir.blogspot.com/

Untuk mengetahui perkembangan terkini kebangkitan KHILAFAH.

M.I.H said...

kebersihan datang dari diri sendiri bro..bukan dari gov..kalau kita individual ni mmg xjg kebersihan,bygkan kalau semua xjaga?kita still nk salahkan gov?gov buat la program kebersihan apa pon,tp still individual xreti nk jga kebersihan mcm mana?

so utk isu kebersihan nk digalas menentang Malaysia bukan negara Islam contoh xberpatutan,tp kalau dari isu lain seperti perjudian,hiburan,maybe banyak ja kita boleh pertikaikan..

:)