Sepatah dua kata

Akhirnya aku berkolaborasi juga dengan koroe. Aku seperti biasa, memang pantang bila diajak menulis. Aku ingin terus menulis. Ingin menconteng segala apa yang aku rasa perlu diconteng. Aku, ingin meluahkan apa yang aku rasa perlu diluah. Dan aku, akan bercerita, bilamana aku rasa perlu dicerita.

Aku tak rasa dunia perlukan blog. Tapi, dunia memang perlukan penulis. Ideanya, supaya kita dapat bercerita dan beriteraksi sesama manusia. Tapi, blog adalah satu bonus. Mendekatkan yang jauh, dan menjauhkan yang dekat.

Biarlah sisa-sisa cerita basi aku ini terus dihimpun. Biarlah sisa-sisa perjuangan akal aku mengerah keringat untuk berfantasi kekal disini. Selagi esok masih ada hari, selagi itu aku akan disini untuk menulis lagi.

Aku, sekadar ingin berkongsi pada siapa yang sudi.

3 comments:

ghost said...

aku sudi beb..dan koroe yang ajak aku ke sini...huh

Bidadari said...

owh. blog perkongsian rupanya. aku sudi walaupon koroe x ajak aku ke sini pon. wahaha

M. Faiz Syahmi said...

aku sudi.! dan kali ni., aku akan jadi lebih kejam kerana engkau semua bermain dengan bahasa aku.!

*troll face*